Isnin, April 01, 2013


Belum bertanding, Si Fauzi Pendek tu kata diorang dah tak mampu nak pertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota yang kini disandang oleh Azan Ismail.

Kiranya, Si Fauzi Pendek ni belum masuk gelanggang tapi dah tau yang dia akan tewas. Tapi, benda ni bukan la satu benda yang pelik bagi orang di Indera Mahkota.

Bahkan bagi penduduk Kuantan yang cukup kenal dengan Si Fauzi Pendek tu pun tau siapa Si Fauzi tu yang sebenarnya. Tu pasal la dia kena 'Boo...' semalam.

Percaya la. SH bukan nak cakap besar. Kebanyakkan rakyat Pahang yang ada disekitar daerah Kuantan termasuk di Indera Mahkota sudah muak dengan PKR.

Bagi mereka, PKR ni hanya mengejar jawatan semata - mata. Nak harapkan pemimpinnya buat kerja untuk rakyat, jangan mimpi la!!! Semua setakat nak jawatan je.

Bila rakyat datang nak mintak bantuan, macam - macam alasan yang diorang berikan. Malah ada wakil rakyat yang sekor tu siap lari ke Terengganu lagi.

Masa bertanding dulu, bukan main diorang ni bercakap. Nak bantu rakyat la. Nak tolong bagi diorang kerja la. Itu la, ini la. Tapi sampai sekarang ni, satu habuk pun tarak! Kalau buat program pun setakat buat ceramah menipu je. Bukannya nak membantu rakyat!!!
KUANTAN: Calon PKR untuk Parlimen Indera Mahkkota, Datuk Dr Fauzi Abdul Rahman tidak menjamin Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, tetapi berjanji untuk bekerja keras mempertahankannya.

"Kita akan bekerja kuat, tidak ada kawasan yang hari ini kita boleh katakan kita pasti menang 100 peratus, kalau hendak menang kita perlu kerja kuat bahawa kita adalah alternatif kepada kerajaan yang ada hari ini.

"Jadi kita mesti kerja kuat, kalau tidak rakyat tukar kita balik," katanya kepada Antarapos sejurus selepas namanya diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon Parlimen Indera Mahkota.

Fauzi berkata beliau yakin dirinya diterima baik oleh pengundi kawasan itu lantaran rekod peribadinya yang bersih dan amanah. Beliau juga akan mempertaruhkan rekodnya sebagai Pengerusi PKR Pahang, yang sebelum ini konsisten memperjuangkan hak asasi pengundi Parlimen itu.

"Rakyat hendak pemimpin yang amanah, kalau PKR naik ataupun PR naik tetapi dia tidak amanah, rakyat akan tukar balik kepada BN, jadi rakyat hendak yang lebih amanah," katanya.

Bagaimanapun, setelah Anwar mengumumkan namanya sebagai pengganti Azan Ismail, sekumpulan penyokong yang hadir bertindak meng'boo' Fauzi dan berlalu meninggalkan majlis ceramah di tapak ceramah Markaz PAS, Balok Makmur, Beserah.

Fauzi adalah bekas ahli Umno dan pernah menjadi ADUN Beserah dari tahun 1995 hingga 2004 sebelum menyertai PKR pada 2008.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki itu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. menyemak je si BANTUT ni. ajar dia sikit masa PRU nanti... kalau bleh biar sedara mara anak bini dia je yg undi dia ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping