Sabtu, April 06, 2013


Halamak!!! Apa cerita pulak ni? Takkan la Bang Non tu boleh hilang keupayaan yang selama ini menjadi kebanggaan dia kot? Dari 'Anu' bengkok, dah hilang terus ke?

Sebelum ini, sibuk Bang Non ke hulu ke hilir satu Malaysia buat pengumuman. Dia yang tentukan orang tu bertanding sana sini. Semua orang dia dah tetapkan.

Tapi, diri dia sendiri pun masih jugak berteka teki kat mana dia nak bertanding. Sekejap kat Ipoh Timur, sekejap kat Tambun. Sekejap kat Lumut.

Macam - macam spekulasi dah keluar masa diumum kata nak bertanding di luar dari kawasan Permatang Pauh. Apa tujuan dia buat macam tu?

Tujuan dia sebab dia nak memalukan Datuk Seri Najib. Kononnya dia nak kata Datuk Seri Najib takut nak bertanding diluar dari kawasan Pekan. Itu je tujuan dia sebenarnya. 

Tapi akhirnya, jerat yang dia pasang untuk Datuk Seri Najib tu dah memakan diri. Dia pulak yang tersepit sampai terpaksa cipta alasan yang bukan - bukan.

Kononnya dia kata la rakyat Permatang Pauh tak bagi dia pindah. Kononnya dia kata rakyat Permatang Pauh ada 'kesan sentimental' terhadap dia dikawasan tu.

Sekarang dah tak jadi pulak nak pindah dari kawasan Permatang Pauh tu dengan alasan yang lansung tak munasabah. Dia kata Kak Wan Omega pulak tak bagi.

Heh! Kak Wan Omega jugak jadi mangsa ye tak. Kesian betul kat Kak Wan. Bila dah tersepit macam ni, pandai pulak dia cari bini dia ye? Masa senang lenang, dia cari Chinadoll.

Hakikatnya, Bang Non ni memang kecut nak bertanding diluar dari kawasan yang dia sangka selamat untuk dia tu. Dia memang takut kalah. Kalau dia kalah, tak dapat la dia jadi PM nanti. Tu pasal la dia tak berani nak pindah ke tempat lain!!!
Sudah sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar malah mereka semakin sedar keadaan ini dan kalau Anwar bertanding sekali pun di Permatang Pauh, sokongan terhadap Anwar tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kali ini Anwar dengan nada memujuk rakyat Permatang Pauh berkata, beliau mahu bersama pengundi dan penyokong setianya di kawasan tersebut. gamaknya...

Katanya, beliau terhutang budi dengan penduduk di Permatang Pauh yang sentiasa menyokongnya walaupun dia tidak lagi bersama parti memerintah dan kerajaan.

"Isteri saya Ajijah (Wan Azizah) pada awalnya tidak bersetuju apabila saya memberitahunya bahawa saya sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak" katanya pada ceramah di Taman Seri Pauh, Permatang Pauh, Jumaat.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. surah mengenai Nabi Luth itu untuk bacaan berlagu semata-mata atau untuk jadi renungan dan iktibar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya terpulang niat orang yg membacanya dan orang yg mendengarnya.setiap perbuatan itu berpaksi kepada niat

      Padam
  2. Bendera Pkr Mata Satu bendera Dajjal. Alquran dan Nabi telah peringatkan.Tolak Pkr parti Dajjal..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping