Selasa, April 02, 2013


Itu persoalan yang masih lagi berlegar - legar dalam minda rakyat. Adakah Si Ketua Penipu tu masih takut nak ambik tindakan terhadap Tun Daim?

Jika dilihat sebelum ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan oleh Tun Daim terhadap Si Ketua Penipu tu, termasuk dakwaan Si Ketua Penipu tu ada hubungan dengan IMF.

Tak kurang jugak dakwaan Tun Daim terhadap penglibatan Si Ketua Penipu tu secara lansung dengan pihak Yahudi Israel. Adakah semua tuduhan ini benar? 

Jika tidak, kenapa Si Ketua Penipu tu masih mendiamkan diri? Takkan dengan Tun Daim pun dia takut kot!!! Setakat berani dengan anak - anak ikan macam blogger je apa barang beb. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada PRU ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi. “Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping