Kesian beb! Si Kaki Fitnah dan pengadu domba hebat dari Parti Kencing Rakyat tu sekarang ni dalam keadaan yang cukup menggelupur.
Dia sebelum ni dok pusing keliling satu Malaysia menjual cerita kononnya nak mengharamkan UMNO. Tapi, dalam masa yang sama, dia pulak yang diharamkan.
Dia telah diishtiharkan sebagai calon Haram di Sungai Acheh apabila pencalonan dia untuk merebut kerusi tersebut ditentang sendiri oleh anak tempatan dari parti PAS.
Malah, kebarangkalian untuk Si Chagu Bard bertembung dengan Barisan Nasional secara satu lawan satu adalah amat tipis memandangkan PAS tetap menolak pencalonannya.
Sekali gus, keadaan itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang tak sepakat dalam menentukan calon mereka sendiri.
Nak tentukan calon tu pun bertelagah tak tentu arah. Jadi, macam mana pulak kalau diorang dapat pegang kuasa nanti? Tak ke haru jugak jadinya?
Mungkin inilah khifarah Allah terhadap orang yang suka sangat mengadu domba dan buat cerita yang bukan - bukan. Nak burukkan orang, akhirnya diri sendiri yang buruk.
Sekarang, terpaksa la Si Chagu Bard tu memerah otak untuk memikirkan apakah caranya untuk dia terus menipu rakyat dan bagaimana nak kembalikan keyakinan PAS terhadap dirinya. Maklum la. Kalau tak menipu, macam mana nak menang PRU!!!
KUALA LUMPUR 11 April - Dalam usaha meredakan masalah perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas, calon PKR bagi kawasan itu, Badrul Hisham Shaharin terpaksa dijangka membuat kenyataan penuh berhubung perkara itu.
Dalam satu mesej Twitternya, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard memberitahu, kenyataan penuh itu akan disiarkan di blognya (http://chegubard.blogspot.com/) mulai pukul 2 petang ini.
Perebutan kerusi Sungai Acheh antara dua parti pembangkang berkenaan terserlah apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman semalam mengumumkan pencalonan Chegubard sementara Pesuruhjaya Pas negeri itu, Datuk Mohd. Salleh Man malam tadi pula mengumumkan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yusni Md. Piah sebagai calon Pas di kawasan sama.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula dilaporkan telah meminta Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang bagi menyelesaikan perkara tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.