Ha!!! Kepada semua yang nak tuduh kata cerita ni sengaja disebarkan untuk memburuk - burukkan Pak Mus, boleh la berfikir semula. Dengar cerita 2 ahli AMK dah ditahan.
Korang mesti fikir, kenapa pulak ahli AMK terlibat dalam penyebaran video tersebut kan? Macam tak masuk akal pulak bunyinya kan? Jangan silap.
Dari apa yang dilaporkan, tindakan mereka menyebarkan video Pak Mus tu adalah dengan tujuan nak ugut PAS. Macam yang kita tau la. Pakatan ni bukannya bagus sangat.
Sesama diorang pun tak sepakat. Dalam membuat keputusan, dalam menentukan calon, dalam menentukan pembahagian kerusi, semuanya tak sepakat belaka.
Dan, apa sahaja keputusan yang dibuat oleh PKR sebelum ini sudah pasti mendapat tentangan hebat dari kalangan pimpinan PAS setempat.
Sebagai contoh di Wilayah, di Bera, di Terengganu dan di Sungai Acheh. Semuanya mendapat tentangan hebat dari kalangan ahli - ahli PAS setempat.
Diorang semua tak puas hati dengan pencalonan yang dibuat oleh PKR. Jadi, untuk membuatkan PAS senyap, diorang ugut la Setiausaha Agung tu.
Dengan harapan, cara tersebut dapat mendiamkan tuntutan - tuntutan dan ugutan pemimpin PAS setempat serta memberi sokongan kepada siapa saja calon yang ditetapkan.
Perkara ni semuanya tak mustahil beb memandangkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu bukannya berjuang untuk rakyat. Sebaliknya diorang berjuang untuk kepentingan diri sendiri semata - mata!!!
Berikutan penyebaran video cakera padat tersebut, 2 orang lelaki ahli AMK ditahan dipercayai terlibat dalam menyebarkan video berkenaan. Aku memang dah agak ini kerja PKR !!!Eh.. patutlah mangkok ni tunduk menyembah pada Anwar, rupanya ada 'udang sebalik batu' !!!Sebab dah tak tahan selalu disabotaj oleh PAS dan terbaru di Perlis, nampaknya Anwar dah mula 'blackmailing' strateginya.Entah-entah video Nik Ajiz dan Hardy Bawang pun ada kat tangan si Nuar ni... Hahahaha...Eh... jangan-jangan screenshoot video dari blog Raja Goyang tu pun memang kerja Anwar seperti yang dijangka ramai demi nak alihkan isu Anwar sebagai dalang pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.