Khamis, April 11, 2013


PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.
    
"Tak kisahlah siapa yang akan menjadi MB di Selangor, asalkan dia mempunyai dasar yang baik," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Dr Wan Azizah berkata demikian apabila diminta mengulas kedudukan Abdul Khalid berikutan pengumuman Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa Abdul Khalid akan hanya mempertahan kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ditanya tentang calon yang berpotensi untuk menyandang jawatan tertinggi di Selangor itu, beliau hanya berkata: "Mereka yang bertanding bagi kerusi negeri di Selangor."

Menurut laporan, Abdul Khalid mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor berikutan perselisihan pendapat yang dikatakan wujud antara beliau dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Ps: Jadi, sekarang ni siapa yang nak jadi Menteri Besar? Takkan nak bagi kat Bang Min kot. Lagi punah ranah la jawabnya Selangor tu nanti.

Dah la Bang Min tu pernah berkurang ajar dengan Tuanku Sultan Selangor. Lagi nak bagi dia jawatan sebagai MB? Memang jahanam la Selangor dibuatnya. Elok - elok keluar mulut singa, masuk pulak mulut naga!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping