Sabtu, April 13, 2013


Kemelut dalaman yang melanda Pakatan Pembangkang dalam isu perebutan kerusi sejak akhir – akhir ni semakin menjadi – jadi dengan tuduhan yang tak tentu arah.

Yang paling menghairankan, kenyataan – kenyataan pedas dari pimpinan  Pakatan itu diluahkan secara terang – terangan di media – media massa tanpa segan silu.

Tambah memeranjatkan ialah apabila pimpinan DAP Pahang mendakwa tindakan PKR meletakkan lebih ramai calon mereka sebagai satu tindakan yang TAMAK.

Naib Pengerusi DAP Pahang, J. Apalasamy meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh PKR secara berleluasa diseluruh Negara.

Jelas J. Apalasamy, apa yang dilakukan oleh PKR Pusat itu hanya akan menjejaskan peluang parti lain didalam Pakatan Pembangkang untuk bertanding.

Hakikatnya, kenyataan J. Apalasamy itu menjurus kepada kekecewaannya terhadap pimpinan PKR yang enggan meletakkan calon dari kaum India sendiri.
“PKR harus menghentikan sikap tamaknya jika Pakatan serius mahu menawan Putrajaya,” kata Apalasamy.
“DAP tidak boleh tunduk terlalu banyak kepada sikap tamak rakan parti komponen dalam Pakatan,” tegas Apalasamy.
Ironiknya, di Pahang sendiri, PKR pulak menundingkan jari terhadap DAP dan menyifatkan mereka sebagai sebuah parti yang tamak.

Perkara tersebut jelas dinyatakan oleh Pengerusi PKR sendiri tatkala diawal pengumuman calon bagi Parlimen Bentong oleh Setiausaha Agun DAP sendiri.

PKR menyelar tindakan Guan Eng yang menamakan Wong Tack sebagai calon untuk berhadapan dengan Barisan Nasional tanpa sebarang persetujuan dari PKR sendiri.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Bentong ditandingi oleh PKR yang menyaksikan kekalahan teruk kepada penyandang Datuk Seri Liow Tiong Lai dari MCA.

Itu baru perbalahan yang berlaku diantara PKR dan DAP. Belum lagi diceritakan mengenai perebutan kerusi yang berlaku diantara PAS dan PKR. Lagi teruk keadaannya.

Kesimpulannya cukup mudah. Belum pun mereka ini dapat memerintah, masing – masing sudah menunjukkan sikap tamak masing – masing. Semuanya atas dasar perjuangan demi kepentingan diri sendiri. Bukannya mereka hendak memperjuangkan rakyat!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping