Nah!!! Inilah nasib seseorang yang nak berjuang demi Kebenaran. Bila Kebenaran didedahkan, macam - macam ancaman akan dterima.
Kena ugut, kena ancam, kena saman. Macam - macam lagi la. Tapi akhirnya, hanya orang yang redha kepada Allah sahaja yang mampu bertahan. Percaya lah. Allah sentiasa bersama dengan orang - orang yang benar!!!
Kuala Lumpur: “Saya tidak gentar berdepan provokasi luar biasa dan akan mendapatkan nasihat guaman sebelum membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebar fitnah,” tegas penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Sidek Baba.Menurut pensyarah kanan UIAM itu, beliau yakin dengan ketetapan Allah dan akan terus berjuang biarpun tahu bakal berdepan cabaran lebih sukar di masa akan datang.“Saya terbaca banyak artikel di Internet yang bukan saja mengkritik, malah menyebar pelbagai fitnah mengaitkan diri saya dengan beberapa kenamaan lain,” katanya.Beliau berkata, fitnah paling besar yang ditulis di sebuah laman web kononnya beliau mengepalai konspirasi fitnah untuk menjatuhkan Anwar.Beliau diminta mengulas berhubung perkara itu pada sidang media selepas menjadi panel Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Majlis Penutup Seminar Pengurus FELDA 2013 di Menara Felda, Jalan Stonor di sini, semalam.Menjelas lanjut, Sidek berkata, dalam artikel mendakwa beliau mengepalai konspirasi itu mengandungi minit mesyuarat siri empat yang melaporkan pertemuan sembilan ahli pada 15 Disember 2012.“Daripada sembilan anggota yang dicatat dalam senarai kehadiran, Datuk Seri Alies Anor Abdul diletak sebagai pengerusi, Raja Arif Kamaruddin sebagai anggota sementara enam lagi saya tidak kenal.“Bagaimanapun, ingin dijelaskan, pada tarikh dan waktu yang dicatatkan, saya berada di Sarawak untuk melaksanakan kerja ilmu dan dakwah. Kalau tidak percaya, saya juga ada bukti yang cukup untuk mempertahankan diri,” katanya.Berikutan itu, beliau tegas menafikan artikel terbabit dan percaya ia direka bertujuan untuk merosakkan kredibilitinya sebagai pemikir Islam.Berhubung artikel kedua, Sidek berkata, dia dituduh kononnya diberi tanah oleh Kerajaan Selangor sebelum dijual kepada seorang tauke Cina.“Kononnya saya banyak duit...tapi dia tidak pula menyatakan nombor tanah dan geran sedangkan lokasi yang didakwa sangat maju. Kemudian, dia tuduh pula saya dapat RM15,000 setiap bulan kerana menganggotai kelompok konspirasi ini.“Ini semua tidak betul. Saya tegaskan yang pertama, kelompok ini tidak pernah wujud, kedua, saya tidak pernah menerima apa-apa duit mahupun bantuan sebegitu dan kalau terima itu haram bagi saya,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.