Berita Pahang

Jumaat, April 12, 2013


Halamak ai!!! Ni apa cerita pulak ni? Pepagi buta dah buat gempar tak tentu arah apa pasal? Kenapa pulak Mike Tyson nak masuk PAS ni? Dia pun termakan janji Sorga jugak ke?

Tapi, jangan salah orang pulak ye. Ini Mike Tyson bukan peninju yang pernah buat kontroversi gigit telinga masa tengah bertinju tu tau. Tapi ini Mike Tyson Malaysia.

Nama penuh, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib a.k.a Mat Taib. Pernah jadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1986 hingga 1997, era Tun Mahathir.

Mat Taib ni pernah kantoi bawak duit 'tunai' ke Australia dengan alasan kata duit tu untuk buat jamin kes anak dia yang kena tangkap masa tu dan disiasat oleh BPR.

Sejak kes itulah, nama Mat Taib semakin hilang dari persada Politik Malaysia. Namun, dia masih pegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Siapa yang buat dia kantoi? Siapa yang maklumkan kata Mat Taib ada bawak duit 'tunai' dalam beg? Siapa yang bagi pelepasan dengan imigresen? Tu, korang cari sendiri.

Sama ada khabar angin kata dia nak masuk PAS tu betul atau tidak, itu belum pasti. Biar masa je yang mendedahkannya. Tapi, kalau setakat PAS nak gemapk, jangan harap. Buat cerita bukan - bukan ni pun memang kerja hakiki diorang jugak!!!
SHAH ALAM –  Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas  III Selangor, Khalid Samad.

“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

“Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai- pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. umur sudah tua dan kubur menunggu. eloklah masuk PAS supaya senang di hari kematian serta mendapat kedudukan terhormat di surga kelak. jgn buang peluang sebelum ajal datang

    BalasPadam
  2. Senang je buat doza banyak2 bila dh dekat nak Mening GOL masuk PAS nanti tok guru boleh jamin kan masuk sorga....hehehe korang percaya la ckp tok guru tu dia pun belum tentu masuk sorga konon nak jamin kan pengikut dia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Lain

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping