Rabu, April 24, 2013


Kenyataan dibawah ni bukan dikeluarkan oleh pemimpin Barisan. Bukan dikeluarkan oleh mana - mana pemimpin UMNO. Sebaliknya, ia keluar dari mulut pemimpin PKR sendiri.

Tak de orang paksa. Tak ada orang yang suruh diorang buat kenyataan ni. Jangan pulak ada yang kata semua ni sebab pemimpin PKR tu dibayar dan sebagainya.

Mungkin mereka terasa panas hati dengan kenyataan Hadi Awang yang melabelkan calon PKR semuanya main tangkap muat, maka kenyataan tersebut dikeluarkan.

Mungkin jugak mereka terasa dihina oleh Presiden PAS tu yang menyatakan ada dikalangan calon PKR seorang 'Pengedar Pil Khayal' serta penyokong fahaman komunis.

Kalau diorang terasa dihina, terasa seperti diorang difitnah atau sebagainya, apa tidak diorang ambik tindakan dan saman je Hadi Awang tu? Kan senang kerja?

Tak payah la diorang susah - susah nak berselindung. Tak payah susah - susah diorang nak keluarkan kenyataan yang dianggap menegakkan benang yang basah ni.

Kalau itu pun diorang tak mampu nak buat, apa kejadahnya diorang bermimpi nak jadi pemimpin? Maruah parti sendiri pun diorang tak mampu nak jaga, inikan pulak maruah Negara!!! Memang alamat jahanam la jawabnya!!! Nak UBAH? Nak TUKAR? Lain Kali La!!!
KUALA TERENGGANU - Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menafikan calon PKR terlibat kesalahan jenayah dan aktiviti tidak bermoral termasuk mengedar dadah.

Berdasar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramah beliau bahawa terdapat calon mengedar pil kuda, dengan menyifatkan orang Pas tidak boleh menerima calon sedemikian, Azan menjelaskan, tiada calon PKR terlibat dan pihaknya telah membuat saringan ketat sebelum memilih calon bertanding.

“Sebenarnya bukan sahaja PKR Terengganu, PKR Pusat pun membuat saringan ketat. Pakatan Rakyat (PR) di peringkat Pusat dalam proses pemilihan calon masing-masing, memang wujud saringan yang amat ketat antaranya dari sudut kelayakan mereka sebagai calon yang akan bertanding.

“Saya menafikan ada antara calon-calon yang kita ketengahkan terlibat ataupun pernah terlibat, atau sedang terlibat dengan segala aktiviti sebagaimana yang dikatakan,” katanya ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di sini, semalam.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Nak tanya azan ismail..adakah disebabtakan saringan ketat yang dijalankan..kaki liwat terlepas pandang pulak..

    BalasPadam
  2. "ini semua salah UMNO"....budus punya org PR!

    BalasPadam
  3. kalau dah saring dengan teliti kenapa pr terengganu perlu tarik diri dan lepaskan kerusi kepada pas... sedangkan pas dalam masalah moral mat spender pun mereka pertahankan sehabis daya ... heh ... heh ... heh ... pkr dah jadi penakut kerana rosak kut ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping