“Lynas
boleh terus beroperasi dengan syarat ianya didapati benar – benar selamat oleh
pihak yang akan dilantik kemudian” – Anwar Ibrahim.
Demikian
laporan yang didedahkan oleh The Malaysian Insider mengenai pendirian Pakatan
dalam isu berkaitan pembinaan kilang Lynas di Gebeng.
Laporan
itu memetik temubual diantara Ketua Umum PKR dengan sebuah laman portal media
antarabangsa dari Australia beberapa bulan yang lalu.
Pada
mulanya, ramai yang beranggapan bahawa kenyataan itu telah disalah anggap,
namun apabila Pengerusi Himpunan Hijau turut mengakuinya, maka memang benar lah
perkara tu.
Pengerusi
Himpunan Hijau yang juga merupakan calon DAP bagi kerusi Parlimen Bentong turut
menjelaskan secara terperinci mengenai isu yang dibangkitkan.
Katanya,
kilang Lynas boleh beroperasi seandainya ianya disahkan selamat oleh sebuah
agensi yang akan dilantik oleh ‘Kerajaan Pakatan’.
Kenyataan
Wong Tak dan Ketua Umum PKR itu juga turut disokong oleh Mantan Ahli Parlimen
Indera Mahkota, Azan Ismail dalam laman portal The Mole.
Bermakna,
pembinaan kilang Lynas itu hanya sah sekiranya mendapat lampu hijau dari
Kerajaan Pakatan. Jika Kerajaan BN, mereka tidak memperakuinya.
Jelas
tindakan mereka ini sebenarnya telah mengingkari janji yang ditaburkan kepada
pengikut – pengikut bawahan yang hadir di Himpunan Hijau awal tahun lalu.
Dan
perkara ini bukan satu perkara yang mustahil bagi puak – puak Pakatan
memandangkan ianya pernah dilakukan di Selangor apabila rakyat menuntut janji –
janji yang ditaburkan.
Rakyat
bangkit dan menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma, elaun ibu
tunggal serta lain – lain janji yang termaktub didalam manifesto Pakatan.
Namun,
Menteri Besar Selangor hanya menjawab ‘Manifesto Bukan Janji’ sebagai balasan
kepada tuntutan – tuntutan yang telah dibuat oleh rakyatnya sendiri.
Malah,
tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Selangor itu juga turut mempertikaikan sama
ada mereka yang membuat tuntutan itu mengundi Pakatan atau sebaliknya.
“Jika
mereka hendak membuat tuntutan, mereka perlu membuktikan sama ada mereka
mengundi Pakatan atau tidak.” Itu jawapan Khalid Ibrahim terhadap tuntutan yang
dibuat.
Maka,
persoalannya, adakah kita masih lagi mahu percaya dengan janji – janji yang
ditaburi oleh puak – puak Pakatan ini sedangkan mereka sudah terbukti
mengingkarinya?
Itu
belum kita persoalkan mengenai janji mengenai Penghapusan Tol. Seandainya,
pihak Konsesi Tol itu dari kalangan mereka, adakah ianya akan dihapuskan juga?
Kesimpulannya,
Pakatan tidak mempunyai ‘Substance’ atau jaminan yang kukuh untuk mengatakan
bahawa mereka boleh berpegang kepada janji yang telah dibuat. Kalau setakat
bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
ORG PKR&PAS XPYH POYO SGT. AWOK ANGKAT PEMIMPIN YG BONGGOK HANGPA DAPAT LA HABUAN YG BODOH. PEMIMPIN YG HANGPA PUJA TU DOK KATA ORE YG BODOH DOK PILIH AKU JUGAK SETELAH diPERBODOHKAN MEREKA JADI JGN NAK SALAHKAN ORE LAIN. MEME ORG PKR&PAS BODOH SEMUA SEBELUM GE13 JGN NAK TUNJUK LANGAK KATA HANGPA ORE PKr&PAS PANDAI DKT NEGERI ORE. PADAN MUKA HANGPA. TP AKU SEDIHLA..
BalasPadam