Ahad, April 07, 2013


Tak dapat nak dinafikan lagi bahawa keadaan Si Nurul Izzah tu sekarang ni tengah huru hara. Dia sendiri tak yakin mampu untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Malah dakwaan serangan 'gengster naik teksi' yang dia buat sebelum ini hanya menjadi bahan ketawa dan lawak jenaka oleh rakyat setempat.

Jadi, tak heran la kalau hari demi hari, Si Nurul Izzah ni sendiri akan mengupah gengster untuk membuat kacau bilau ditempat pembuangan undi. Maklum la. Puak - puak Patakan ni kan jenis manusia yang 'Sore Loser'!!!
Barisan Nasional yakin boleh memenangi semula kawasan parlimen Lembah Pantai berdasarkan pandangan dan maklum balas daripada komuniti setempat sejak beberapa tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat di kawasan parlimen itu yang mahu berubah selera untuk kembali menyokong kerajaan BN.
Katanya sambutan terhadap program transformasi diperkenalkan kerajaan BN membuktikan rakyat semakin yakin dan menghargai usaha kerajaan meringankan kos, khususnya menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Saya melihat sambutan rakyat yang sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," katanya.
Bernama melaporkan Muhyiddin berkata selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai Lembah Pantai hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008 Parlimen Lembah Pantai yang sebelum ini kubu kuat BN memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui calonnya, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan berkata rakyat mengenali dan memahami kerajaan BN, yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.
"Harapan BN semakin cerah untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai kerana kegigihan dan ketekunan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjadi peneraju dan penggerak utama berkhidmat buat masyarakat itu, tanpa mengira kaum sejak 2008," katanya.
"Rata-rata masyarakat setempat berkata mereka akan mengundi BN dan hanya menunggu hari pengundian. Saya ada tanya kepada mereka (penduduk), apa Nurul Izzah wakil rakyat PKR buat, mereka berkata tidak ada apa apa. Ini amat berbeda dengan wakil ketua bahagian BN kita yang memberi tumpuan kepada penduduk secara keseluruhan," jelas beliau.
Muhyiddin juga meminta anggota BN agar berjaga-jaga kerana pembangkang akan menggunakan segala tipu helah seperti menakut-nakutkan pengundi seperti penggunaan dakwat hitam dan mencetus huru-hara pada hari pengundian, yang telahpun disebar luas oleh banyak pihak.
"Tetapi, yang anehnya, apabila kenyataan itu dikeluarkan, tidak ada pemimpin di pakatan pembangkang yang menafikan perkara itu, dan macam benar lah kenyataan yang dibuat itu," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping