Ganas Si Ketua Penipu ni sebenarnya beb. Cuma kita je yang tak sedar. Dia selama hari ini merupakan pemangsa yang tak mengenal erti belas kasihan.
Kalau sebelum ini, dah banyak dah anak 'teruna' orang dijadikan mangsa. Malah, dia jugak turut menjadikan 'Chinadoll' sebagai mangsa keganasan dia.
Tapi, bukan itu sahaja mangsa 'Keganasan' Bang Non ni. Sebaliknya, dia jugak cukup suka makan orang denga mengambil tindakan saman terhadap mereka.
Sebelum ini, pantang ada orang kaitkan dia dengan salah laku seksual. Jadi, kali ini apa pulak bezanya? Adakah berani dia nak saman Dr. Chandra ni pulak?
Dakwaan Dr. Chandra ni jelas mendatangkan keaiban yang cukup besar kepada dia. Malah ianya turut mencabar maruah diri serta keluarganya sendiri.
Tapi persoalannya, adakah dia berani nak ambik tindakan? Adakah dia sanggup saman Dr. Chandra ni? Atau dia akan terus mendiamkan diri macam kes dengan Datuk Eskay?
Rasanya dah puas orang desak dan paksa Si Ketua Penipu tu saman Datuk Eskay kerana mendedahkan video seks dia dengan Chinadoll. Tapi kenapa dia hanya mendiamkan diri?
Bayangkan. Kalau maruah diri dia sendiri pun tak mampu dia nak jaga, inikan pulak maruah Negara dimasa akan datang. Lagi la tak mampu dia nak pertahankan.
Persoalannya, adakah kita mahu berpemimpinkan seorang yang tak bermaruah seperti Si Ketua Penipu ni? Adakah kita mahu Perdana Menteri yang ada masalah seksual?
Kalau tak nak, ada baiknya kita bersama - sama tunaikan hasrat dia sebelum ini. Dia nak sangat jadi cikgu kan? Dia nak sangat duduk kat Eropah? Mari kita sama - sama tolong dia bungkus beg dan halau dia terus!!! Baru Padan Muka Dia!!!
KUALA LUMPUR 26 April - Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu.
Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.
"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.