Ahad, April 28, 2013


Hebat beb!!! SH sokong sangat Pak Mus nak lawan saman yang telah dikemukan oleh UMNO terhadap dia sebelum ini berkaitan dengan video 'tebar roti canai' dia tu.

Bukan apa. SH nak jugak tengok bukti apa yang Pak Mus ada untuk menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video tersebut.

Tapi, SH takut satu perkara je yang Pak Mus buat nanti. Takut dia failkan pulak rayuan untuk menolak saman tersebut sudah la. Kot kalau betul dia nak lawan, jangan dia nak cari alasan untuk gugurkan kes!!!
KUALA LUMPUR, 27 April — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini berkata beliau akan melawan saman yang dikemukakan Umno terhadapnya kerana didakwa memfitnah parti majoriti Melayu itu berhubung pengedaran video seks yang dikaitkan dengan dirinya. 

Mustafa (gambar) yang lebih dikenali dengan nama “Cikgu Pa” itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan video berkenaan yang dimuat naik ke blog-blog di laman sosial, sebaliknya hanya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

“Saman Umno saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zul dan Asmuni,” katanya merujuk kepada Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong dan peguam yang mewakilinya untuk kes itu Asmuni Awi.

“Pasal video saya enggan mengulas lanjut. Kita lawan itu (saman) dulu. Kalau nak dengar lebih lanjut pergi ke ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini.

Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Mustafa pada 22 April lalu bersama-sama dengan peguamnya dan lidah rasmi PAS, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.

Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini.

Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah pada 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di media sosial sejak 11 April lalu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping