Boleh la kita buat pengumuman secara besar - besaran dengan mengatakan bahawa PKR Cabang Paya Besar hari ini diumumkan Bungkus.
Ianya berikutan tindakan PKR Negeri yang memecat keahlian Ketua Cabang serta Ketua AMK Cabang tersebut kerana bertindak menjadi calon Bebas.
Sebelum ini pun, sudah 300 orang ahli PKR dari Cabang Paya Besar keluar parti ekoran perletakkan jawatan Azan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi PKR Negeri.
Hari ini seramai 500 orang ahli bertindak keluar parti atas alasan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Negeri yang menamakan calon luar untuk bertanding.
Hal keluar parti ni memang sudah menjadi kebiasaan dikalangan ahli parti terutama sekali dalam tempoh berkempen. Jadi, ianya bukan satu isu besar.
Namun bezanya kali ini, tindakan tersebut diambil bukan sebab dihasut atau didesak oleh pihak - pihak luar. Sebaliknya, ianya berpunca dari dalaman.
Mana tidaknya. Mereka sebelum ini telah mempertikaikan tindakan PKR Pusat yang meletakkan calon luar tanpa sebarang perbincangan dengan orang tempatan.
Bagi mereka, tindakan PKR Pusat itu jelas menghina kepimpinan setempat seolah - olah pemimpin tempatan tidak layak untuk jadi calon kepada parti sendiri.
Jadi, memang tak salah la kalau kita kata yang calon PKR Paya Besar, Hidayah Murni bakal meng'import' jentera luar untuk membantu dia berkempen.
Kalau tidak, dari mana pulak dia akan dapatkan bantuan memandangkan semua ahli PKR tak suka pada dia? Takkan pulak dia nak mintak tolong dengan orang tempatan?
Jelas, perjuangan puak - puak Pakatan Haramjadah ni bukan kerana mahu memperjuangkan rakyat. Sebaliknya mereka hanya berjuang demi kepentingan peribadi dan agenda masing - masing!!! Ini bukan Harapan Rakyat, tapi ini Haprak Rakyat!!! - seterusnya...
Ps: Bila SH kata Si Hidayah Murni tu Import Jentera Luar, puak - puak Pakatan tu tak nak percaya. Sekarang, baru Padan Muka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.