Halamak ai!!! Itu khabar angin yang SH terima berikutan pengumuman yang dibuat oleh PAS sebelum ini. Mula tu tak heran sangat la nama Si Husam tu naik di Putrajaya.
Tapi, tak kurang jugak dengan orang yang rasa pelik dengan perkara tersebut. Kenapa pulak dia tiba - tiba je nak bertanding di kerusi Parlimen?
Bukan ke selama hari ini dia ada menyimpan cita - cita besar nak bergelar Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan kedudukan Si Nik Aziz tu?
Ke pencalonan dia ke Putrajaya tu hasil daripada gerak kerja saraf yang dilakukan oleh pemimpin lain dalam PAS? Mana la tau. Kot diorang tak nak Si Husam ni jadi MB.
Perkara ni bukan satu benda yang pelik beb. Bila tiba bab KUASA, semua orang pun boleh jadi Gila. Pakai la serban tinggi mana sekali pun, tetap jugak tunduk terhadap kuasa.
Kalau tak percaya, tengok Si Nik Aziz tu pun cukup la. Umur dah menjangkau lebih 80an, tapi tetap jugak berdegil nak bertanding dalam PRU akan datang.
Sebab apa dia nak bertanding? Sebab dia nak kekal jadi MB Kelantan. Bagi puak - puak PAST ni, tak de orang yang lebih layak dari dia.
Maknanya, dalam kepimpinan PAS tu memang dah tak de orang yang lebih tinggi ilmu agamanya kalau nak dibandingkan dengan Si Nik Aziz tu.
Jadi, andaikata kalau Si Nik Aziz tu meninggal dunia, Kelantan lansung tak de Menteri Besar. Sebab yang ada sekarang pun semuanya tak layak belaka!!!
Nak harapkan anak Si Nik Aziz tu? Tak payah la!!! Buat mengabihkan masa je. Dia sendiri pun mengaku kata dia bertanding guna nama ayah.
Kalau nak guna nama dia, dah tentu tak laku beb. Tapi, nasib baik la anak Si Nik Aziz tu bertanding di kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya kali ini.
Kalau tidak, dah tentu orang akan kata Si Nik Aziz tu nak bagi laluan kepada anak dia. Dan sebab itu jugak diorang campak Si Husam tu ke Putrajaya.
Berbalik kepada persoalan berkenaan dengan Si Husam. Kenapa ramai yang menyifatkan dia nak rebut jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan?
Seorang sahabat SH bagitau, memang Si Husam ni ada cita - cita tersebut. Tu sebab la dia buat pelbagai perancangan di Kelantan walaupun semuanya tak masuk akal.
Sebelum ni, dia pernah kata nak bina stadium dalam bulan Mac 2013. Tapi sekarang dah bulan April. Jangan kata tiang, satu hapah pun tak nampak lagi. Setakat ada batu asas je.
Tak kurang jugak dengan perancangan dia nak buat sistem keretapi laju di Kelantan. Tu pun satu lagi ilusi angan - angan Mat Jenin Si Husam ni.
Jadi, sekarang ni makin kuat la orang cerita bahawa Si Husam ni sebenarnya telah dicantas oleh orang Kelantan sendiri yang tak mahu dia jadi Menteri Besar.
Bukan apa. Mungkin diorang takut dijadikan bahan ketawa dek orang luar kot. Nak bela kambing pun tak reti, lagi dia nak berangan buat keretapi laju kat Kelantan? Jangan harap la Husam oi!!! Rentikan la nak menipu rakyat ni!!!
Kan Nik Aziz nak calonkan anak dia jadi MB, tak dapat baca muslihat lagi ke?
BalasPadam