Rabu, April 10, 2013


Ya! Jangan ingat puak - puak Pakatan Haramjadah ni tak buat kerja. Terutama sekali Si Khalid Gagap ni. Dia dah banyak bagi 'Sumbangan Besar' kepada Pakatan.

Kalau sebelum ni, Si Khalid Gagap tu telah memberikan slogan 'Manifesto Bukan Janji' kepada Pakatan. Jadi kali ini, satu lagi 'Sumbangan Besar' telah diberikan olehnya yang pasti dapat menguntungkan Pakatan. Hehehe!!!
SHAH ALAM - Kira-kira 15,000 anggota Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor akan menolak pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan kegagalan parti itu menyelesaikan isu membabitkan yayasan selama hampir lima tahun mentadbir Selangor.

Antara isu itu ialah penutupan operasi dua asrama yayasan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, pemberian tanah milik yayasan di Klang untuk pembangunan pusat kebudayaan Cina, isu tanah milik yayasan di Pulau Carey, Klang dan isu penjualan atau tawaran penjualan bangunan Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Presidennya Kapten (B) Azme Dollah berkata persatuan berasa sangat kecewa, sedih dan tidak puas hati dengan maklum balas negatif daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki berhubung isu itu.

"Bagaimanapun, kami mendapat sokongan daripada koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang menyatakan kesediaan untuk membantu termasuk memasukkan usaha menyelamatkan asrama yayasan ke dalam manifesto BN Selangor.

"Menteri Besar dan pengurus besar (Yayasan Selangor) jangan anggap kami partisan. Selama ini kami cuba bersikap non partisan sehinggalah asrama kita hendak dirobohkan dan kita telah cuba merayu tetapi tidak dilayan.

"Demi menyelamatkan anak Selangor, kami tiada pilihan kecuali mengundi BN dalam PRU13," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Azme berkata penutupan dua asrama yang bakal dirobohkan itu menyebabkan pelajar di asrama itu dibiarkan terkontang-kanting tanpa nasib mereka dibela dengan mereka terpaksa mencari tempat lain untuk tinggal dan ada yang terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meneruskan persekolahan.

Katanya 30 daripada penghuni asrama itu berjaya memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan keadaan itu mungkin akan menjejaskan pembelajaran mereka.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu menutup asrama berkenaan sedangkan pihak yayasan mendakwa mempunyai simpanan tetap kira-kira RM60 juta manakala rizab kerajaan negeri didakwa sebanyak RM2 bilion.

"Menteri Besar mendakwa asrama di bandar untuk anak-anak luar bandar tidak lagi relevan dengan sistem pendidikan yang ada sekarang, jadi beliau putuskan bahawa tanah di Kampung Pandan hendak dikomersilkan bagi menjana pendapatan.

"Bagaimanapun kami ingin tegaskan kami bukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi kami urban survival yang berdikari sepanjang menuntut ilmu di bandar, itu yang Menteri Besar tidak faham," katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. 15000 Ke 15 orang? Kasi bukti sikit.. Nanti saya letak nama..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping