Rabu, April 10, 2013


Huh! Ini pun satu lagi berita kesian. Setakat hari ini, nama Pengerusi PKR Negeri Terengganu merankap Mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota tu masih belum diumum.

Sebelum ini, nama Azan Ismail telah digugurkan oleh Bang Non dengan mengangkat Pengerusi PKR Pahang untuk bertanding dan mempertahankan Parlimen Indera Mahkota.

Nama Azan dikatakan menjadi sebut - sebutan untuk bertanding di Parlimen Kemaman bagi berhadapan dengan Datuk Shabery Cheek yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan.

Pencalonan itu dianggap satu tindakan yang sangat munasabah memandangkan Azan juga merupakan anak tempatan Kemaman sendiri.

Namun, impian tersebut berkecai apabila nama orang dari Kuala Terengganu pula menjadi pilihan Bang Non dengan alasan dia takut ada orang 'khianat' pada parti.

Apa, Azan tu tak layak ke nak bertanding di Kemaman sedangkan dia seorang anak tempatan kawasan tersebut? Adakah dia juga dari golongan 'Pengkhianat'?

Nah! Nampak sangat agenda Bang Non adalah untuk menyingkirkan beberapa nama besar dalam Parti Kencing Rakyat tu secara perlahan - lahan. Apa sebabnya? Tak pasti la pulak.

Apa yang kita pasti, Si Ketua Penipu tu memang jenis manusia yang lansung tak layak untuk jadi Perdana Menteri. Belum apa - apa, dah main tikam belakang. Kot kita pun nak jadi mangsa dia jugak tak tau la!!! Kalau kena 'tikam belakang', Naya wo!!!
KEMAMAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan Kamarudin Chik, yang berasal dari Kuala Terengganu sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada satu majlis di sini lewat malam tadi, berkata Kamarudin, 47, dipilih kerana memenuhi kriteria, antaranya anggota parti yang setia dan tidak mudah khianat kepada parti.

"Di Kemaman ini ada 1,000 lebih layak jadi calon (PKR)...ada tokoh lama, baharu tapi saya bincang dan kaji kita nak orang tempatan, kita nak orang berkelayakan, kita nak orang muda  yang bertenaga.

'Sebab itu kita pilih orang Terengganu menetap di Kemaman...kita tidak mahu berlaku seperti 2008, khianat sebelum pilihan raya dan khianat selepas pilihan raya tak  dapat jadi calon, kriteria penting kita adalah orang yang taat dan tidak belot dan tidak  khianat parti," katanya.

Kamarudin yang menjadi anggota PKR sejak 1998 ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata beliau hanya maklum namanya dicalonkan kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, calon Barisan Nasional (BN) yang kini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengalahkan calon PKR Fariz Musa dengan majoriti 12,683 undi di kerusi Parlimen Kemanan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping