Isnin, April 01, 2013



Tindakan lebih 360 orang ahli mengikuti jejak langkah Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Tonny Muari yang bertindak keluar parti bakal mengkuburkan parti itu tidak lama lagi.

Parti yang mendakwa 'mesra' BN itu semakin tenat dengan perkembangan terbaru sekaligus bakal meranapkan impian SWP untuk bertanding di enam kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sejak penubuhannya, SWP sudah kelihatan terdesak dalam usahanya mahu diterima rakyat di negeri itu di mana ianya dapat dilihat menerusi tindakan mereka menggunakan nama PM dan Ketua Menteri Sarawak dalam semua majlis mereka. 

Tindakan mereka itu telah dibidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, SWP tidak boleh mendakwa mereka parti mesra BN, apa lagi ia secara terbuka mengumumkan akan meletakkan calon menentang BN di kawasan PRS. 

Malah Pengerusi Barisan Nasional itu turut meminta supaya rakyat Sarawak hanya memberi sokongan kepada calon BN dan bukan mana-mana calon yang mendakwa "mesra BN" tapi bertanding menentang calon BN. 

Tambah menarik Penasihat SWP, Datuk Sng Chee Hua yang juga merupakan salah seorang hartawan di Sarawak, pernah dikatakan sebagai individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun dakwaan tersebut segera dinafikan olehnya.

Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.

Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak.

SWP yang diterajui bekas ADUN Pelagus selama dua penggal dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien, dilihat semakin tertekan dengan perkembangan mutakhir ini.

Larry Sng telah dipecat daripada PRS pada 2007 berhubung pertikaian kepimpinan dengan Presiden Tan Sri Dr. James Jemut Masing.

SWP bukan sahaja membuat 'masalah' dengan BN tapi juga dengan parti pembangkang yang lain. Mengambil contoh senario di parlimen Sri Aman, SWP cuba meletakkan calon di mana kerusi tersebut turut diintai oleh DAP dan PKR.

Jika parti tempatan SWP yang merupakan parti tempatan juga akan berkubur, apatah lagi dengan parti pembangkang semenanjung yang cuba bertapak di Sarawak.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping