Hah! Jangan terkejut seandainya perkara ini menjadi kenyataan. Isu yang melanda PKR hari ini memang benar - benar sudah bertambah buruk dan tak mampu disembunyikan lagi.
Isu berkaitan dengan Pengerusi PKR Terengganu ini juga bukan lah satu isu yang baru kita dengar. Sebaliknya, isu ni dah lama menjadi bahan bualan.
Selama hari ini, kepimpinan PKR Pusat sendiri tidak pernah mengiktiraf jasa yang dibuat oleh Azan sehingga menyebabkan dia terus terpinggir.
Hasrat untuk dia keluar dari PKR juga bukan baru didengar. Malah sudah banyak kali disebut - sebut oleh mereka yang mengenali beliau.
Isu itu kemudiannya kembali menjadi hangat apabila nama Azan digugurkan sebagai calon Parlimen Indera Mahkota dan digantikan oleh Fauzi Abdul Rahman.
Tambah menghangatkan keadaan ialah apabila nama Azan juga tidak timbul di Terengganu apabila pengumuman calon dibuat baru - baru ini.
Walaupun desas - desus menyebut nama Azan akan timbul di Kemaman, namun ianya tetap tidak menjadi kenyataan apabila calon dari Kuala Terengganu pula yang naik.
Jadi, memang sah nama Azan sudah kian terpinggir dalam PKR. Perjuangannya sebelum ini memang tidak pernah dihargai oleh pucuk pimpinan.
Sedangkan sahabat - sahabat lain yang juga merupakan Pengerusi PKR Negeri mendapat tempat masing - masing, namun Azan juga yang terpinggir.
Demikian nasib malang yang diterima oleh Azan selaku ahli tegar PKR. Sanggup dia dibunuh secara terang - terangan. Tapi, memang itulah hakikatnya. Dalam PKR, sesama ahli pun diorang boleh bunuh. Inikan pulak kita yang tak de kaitan dengan mereka!!!
SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail tidak terkejut apabila namanya tidak diumumkan sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Beliau yang sebelum ini 'dipinggirkan' oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mempertahankan kerusi Indera Mahkota berkata, keutamaannya kini adalah kepada rakan-rakan.Dengan nada kesal beliau berkata hanya akan bertanding sekiranya dirasakan perlu oleh kepimpinan parti."Saya rasa saya bersedia untuk tidak (bertanding). Sebagai pengerusi negeri saya bersedia untuk beri keutamaan kepada rakan-rakan dulu."Pastikan mereka ada kerusi. Sekiranya ada baki, kalau dikehendaki baru saya bertanding. Kalau tidak, tak payah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
mohon pautkan http://paritbuntarrebels.blogspot.com/
BalasPadam