Jumaat, Mei 31, 2013


Katanya, PAS ni memperjuangkan Islam. Katanya, pemimpin PAS ni semuanya maksum dan suci belaka. Katanya, pemimpin PAS ni pejuang Kebenaran.

Amar Makruf Nahi Mungkar katanya. Tapi, macam mana pulak ADUN PAS sekor ni boleh pulak kantoi buat fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor ni?

Dia tak tau ke yang sebarkan fitnah tu satu dosa? Atau itu pun dah dihalalkan oleh PAS jugak bila pemimpin diorang buat? Kalau orang buat, bukan main lagi diorang kecam. Sekarang kena batang hidung sendiri. Apa lagi diorang nak kata!!!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.

MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Siasat Pindah Wang LZS’ yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009, di mana beliau mendakwa berjuta-juta ringgit wang kutipan LZS yang tidak diagih dan sebelum ini disimpan dalam deposit tetap, dipindahkan kepada akaun Takaful Structured Invest di bawah MAA Takaful pada 11 Disember 2008.

Sejurus selepas dakwaan Saari itu, MAIS tampil dengan kenyataan media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilemparkan oleh beliau dan menuntutnya supaya memohon maaf, jika tidak belaiu bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, dilaporkan Utusan Malaysia semalam berkata Saari telah diputuskan bersalah olah Mahkamah Tinggi pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan.

“Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif.

“Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,” katanya
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bukan sekor ni je, semua pemimpin pas kantoi!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping