Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing.
Namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.
Dalam jelajah propagandanya, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.
Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13.
Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari terus mendesaknya.
Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular tidak wujud kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.
Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.
Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan.
Tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.
Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.
Ps: Kalau itu bukan dianggap sebagai MUNAFIK, apa lagi yang kita nak panggil!!!
NAMPAKNYA ANWAR AKAN TERUS MEROYAN SEHINGGA PRU 14,APA LAGI JIKA DAP X MAU MENGALAH HENDAK JADI KETUA PEMBANGKANG,
BalasPadamSelagi ada nafsu, nafsu dia nak jadi PM, hidung tak kemek pipi ditarik-tarik, pening pala kak jejah tengok gelagat laki dia, "suda2 la bang, kita bkempen kat syurga je bang, pokcik ajiz kn pemegang kunci syurga..dh la bang, jejah malu tau"
BalasPadamSEMAKIN TUA SEMAKIN TIPIS IMANNYA
BalasPadamMASYAALLAH
SEMAKIN TUA SEMAKIN BERGETAH AWWWW
tak apa nanti kalau nak syurga mintak kat nik aziz dulu...
malaikatpun kena patuh..kan dia pm
Pemimpin malaikat ganti tempat iblis