Jumaat, Mei 17, 2013

Walaupun Si Ketua Penipu tu menang dalam PRU yang lalu, namun dia masih lagi GAGAL untuk merampas Putrajaya akibat keangkuhan dirinya sendiri.

Sekarang, dia mula meroyan tak tentu arah dan mula menabur fitnah yang bukan - bukan terhadap semua pihak. Terutama sekali SPR.

Meroyan dia bukan sekadar di Malaysia. Sudah pasti ianya akan dijaja sehingga keluar Negara. Semuanya dilakukan untuk mendapat simpati.

Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu sekali lagi telah GAGAL untuk mengubah takdir. Ketentuan Allah jelas membuktikan dia tak layak untuk jadi Perdana Menteri.

Adakah perjuangan Si Ketua Penipu tu dilakukan untuk memperjuangkan hak rakyat? Tidak!!! Sebenarnya, perjuangan dia hanya untuk menjejakkan kaki ke pejabat Perdana Menteri. Itu sahaja. Bukannya dia berjuang untuk rakyat pun!!!
Meskipun, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 11,721 undi, namun beliau gagal mengotakan janjinya untuk menawan Putrajaya sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. 
Beliau memperolehi 37,090 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail yang mendapat 25,369 undi dan Abdullah Zawawi Shamsuddin yang hanya mendapat 201 undi. 
Dalam kempennya sebelum ini, Anwar mendakwa beliau bakal menawan Putrajaya dengan meletakkan Datuk Husam Musa sebagai penjaga pintu, namun calon Pas itu tewas di tangan BN. 
Ketika kempen itu juga Anwar membayangkan beliau sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 dengan menyeru kakitangan kerajaan agar jangan membakar dokumen-dokumen penting dan turut memberi amaran kepada kumpulan media termasuk TV3, RTM, Utusan Malaysia yang bakal beratur menemuinya. 
Namun, selepas pengumuman SPR yang BN masih lagi memerintah Putrajaya dalam PRU 13, Anwar mula menyalahkan SPR yang didakwanya gagal melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil. 
“Saya kecewa dengan proses pengundian awal dan undi pos. Ia diragui dan jumlah undinya boleh dipertikaikan,” katanya. 
Sementara itu, di peringkat parlimen, PKR berada di tempat kedua selepas DAP, apabila parti cauvanis Cina itu melonjak 38 kerusi berbanding dengan PKR mendapat 30 kerusi. 
Pada pilihanraya umum 2008, PKR mendahulu dengan 31 kerusi berbanding DAP.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. KESIAN KEPADA SIAPA YG PERCAYA DGN RAJA DRAMA KING NI. ORG DAH HABIS BERKEMPEN DI SIBUK NAK BERKEMPEN NI CONTOHNYA ORG YG BODOH MASA BELAJAR DULU MEMBAWA SAMPAI KE LIANG LAHAD. KALO DAH BODOH TAK PAYAH LA JADI PM INGAT DKT MALAYSIA NI BODOH MACAM DIA JUGAK. ORG SURUH BELAJAR SIBUK BERPOLITIK LEPAS TU JADI BODOH CAKAP KERAJAAN SALAH. YG SEBENARNYA MMG SALAH KERAJAAN PASAL AMBIL ORG BODOH MCM DIANI JADI TPM NASIB BAIK TAK JADI PM SEBAB ORG2 YG BODOH TIDAK DIRESTUI UNTUK JADI PM KERANA BUAT MASA NI ALLAH MASIH MELINDUNGI PEMIMPIN NEGARA DARI ORG YG SONSANG PENDIRIANNYA. ALHAMDULLILLAH

    BalasPadam
  2. Anwar adalah manusia berkarisma yang sangat menakjubkan kerana berjaya meningkatkan serta melibatkan kekuatan keluarganya dalam berpolitik... Beliau tidak mengamalkan nepotisma seperti BN dan parti PKR sentiasa dinamik dengan merapatkan rakan-reakan kearah menggugat kerajaan yang sedia ada dengan kebijaksanaan menipu dan sesungguhnya beliau berupaya mempimpin ummah walaupun kearah kebinasaan.... teruskan Anwar agar diperingati sebagai pengajaran...

    BalasPadam
  3. Bagi la kat dato seri tu pakai tilte perdana menteri walaupun sehari...letih la dgr beliAU terperkik terlolong dekat pentas...demokrasi demokrasi..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping