Selasa, Mei 28, 2013


Setelah cubaan menepis dakwaan kononnya dia melanggar syarat perjanjian yang dibuat dengan Datuk Seri Najib, kini Si Ketua Penipu tu semakin terdesak.

Mungkin akibat bosan dengan sikap angkuh PKR dan penghinaan AMK terhadap Presiden mereka, Pemuda PAS kini mendesak Si Ketua Penipu tu bagi penjelasan.

Berikut disiarkan kenyataan media yang dikeluarkan Dewan Pemuda PAS Malaysia berkaitan dengan perjanjian yang telah didedahkan oleh Jusuf Kalla sebelum ini:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta penjelasan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya perjanjian sulit  antara beliau dengan Perdana Menteri baru-baru ini. 
Ia dilaporkan dalam media berhubung pertemuan dan perjanjian sulit tersebut yang berlangsung pada April 2013 dengan Yusof Kalla menjadi perantaranya.

Apakah benar pertemuan telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu? Mengapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?

Apakah ia hanya suatu propaganda murahan yang dicipta oleh kem UMNO-BN bagi menimbulkan suatu prejudis rakyat terhadap kejujuran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dengan maksud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat?

DPPM mengingatkan keutuhan Pakatan Rakyat pada ketika ini berada di tahap tertinggi. PAS menolak sebarang kerjasama dengan BN termasuk tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan UMNO-BN.

Bahkan, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. DAP pula tidak perlu dipersoalkan kesetiaan mereka.
Nah! Adakah berani Si Ketua Penipu tu untuk menjelaskan kepada umum berkaitan dengan perjanjian tersebut atau dia akan terus bermain kayu tiga dengan rakan - rakannya yang lain? Sendiri pikir la!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. PAS..piiirahhh, sapa ada takut ngan mereka!! LGE, Karpal pun sikit tak heran ma..bising2, sekali jerkah..senyap tak brbunyi!!

    Anwar ada kisah ke!!

    BalasPadam
  2. yg penting pas tetap akan diperbodoh2kan oleh sinuar

    BalasPadam
  3. Bukan pemuda PAS saja yg nak kan penjelasan , sorang pemuda Cina Shee Yee Aun bekas PR mewakili satu Persatuan anak muda juga memberi masa 1 minggu utk DSAI beri jawapan kepada tuduhan2 beliau kepada SPR. Kalau tiada jawapan (mestilah yg konkrit kan...) dia akan buat lapuran polis. Kita pun sedang menunggu satu lagi kes Lahad Datu yg melibatkan 3 pemimpin pembangkang. Nak juga tahu apa yang terjadi...? Selain itu kita nak teruskan kehidupan dengan aman dan selesa. Sambil menunggu rombakan dasar kerajaan untuk Bumiputra yang setia menyokong tindakan untuk memajukan negara kita....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping