Selasa, Mei 28, 2013


Itu mungkin persoalan yang kini timbul dikalangan ahli AMK tatkala Pemuda PAS mintak Ketua mereka memberikan penjelasan mengenai kenyataannya sebelum ini.

Mungkin bagi AMK, mereka akan menganggap Pemuda PAS ni sebagai orang yang tak sekolah. Takkan la kenyataan yang terang, jelas dan nyata itu pun diorang tak faham?

Si Sam Ketot tu dah cakap dengan jelas bahawa dia mewakili AMK 'Mencela tindakan Presiden PAS yang mengkritik calon - calon dari PKR'.

Selain itu, AMK juga turut mempertikaikan tindakan Presiden PAS yang telah memberikan watikah kepada calon - calon PAS walaupun kawasan itu ditandingi oleh calon PKR.

Itu kenyataan yang jelas. Kenapa Dewan Pemuda PAS masih lagi nak mintak penjelasan dari AMK? Semuanya dah terang. Kenapa nak disuluh lagi?

Yang sepatutnya dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS ialah mendesak Ketua AMK tu memohon maaf diatas ketelanjuran bahasanya mengkritik Presiden PAS.

Si Sam Ketot tu perlu membuat permohonan maaf kepada Hadi Awang secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Malangnya, tindakan Dewan Pemuda PAS itu jelas mengecewakan ahli - ahlinya kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang 'Penakut'. 

Hanya kerana Politik, sanggup mereka mengenepikan maruah Presiden parti mereka sendiri? Adakah Pemuda PAS anggap penghinaan terhadap Presiden PAS itu satu tindakan yang remeh? Korang fikir la sendiri!!!
SHAH ALAM -  Pemuda Pas mahu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung kritikannya terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penjelasan itu penting bagi menjernihkan keadaan di antara kedua-dua parti itu.

“Kita (Pemuda Pas) masih menunggu penjelasan daripada Shamsul. Saya sendiri pun dapat tahu mengenai perkara itu daripada akhbar sahaja, jadi kaedah terbaik beri peluang beliau jelaskan.

“Jadi saya harap Shamsul bagi respons mengenai perkara itu supaya tidak berlaku salah faham,” katanya, semalam.

Katanya, Pemuda Pas tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu selagi tidak mendengar penjelasan daripada Shamsul.

“Keadaan sekarang masih lagi kelam kabut, jadi saya tidak boleh komen dan mengeluarkan kenyataan. Kita biarkan reda dulu, dan tunggu penjelasan beliau,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping