Rabu, Mei 01, 2013


Murah sangat ke maruah rakyat bagi Bekas Pensyarah UIA ni sampai banyak itu je yang dia berikan kepada mereka supaya tutup mulut?

Jelas, apa yang berlaku di Sabak Bernam ni bukan sahaja satu pembohongan Rejim Pakatan Selangor. Tetapi ia juga merupakan satu penghinaan terhadap rakyat.

Adakah orang macam ini yang nak diangkat menjadi Pemimpin dimasa akan datang? Harapkan nama je Profesor. Tapi rasa hormat pada orang lain lansung tak de. Memang patut sangat la dia kena pecat dari menjadi pensyarah UIA. Kerja dia menipu je!!!
SABAK BERNAM: Pakatan Rakyat Selangor didakwa memberikan wang RM500 sebagai penyelesaian kepada kegagalan memberi hak pemilikan tanah untuk 300 penduduk Kampung Sungai Tengah di sini.
Perkara itu didedahkan oleh salah seorang pemohon mendakwa ia dipercayai bertujuan untuk 'menutup mulut' penduduk menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hujung minggu ini.
Wang tersebut didakwa diserahkan kepada penduduk yang terlibat selepas hari penamaan calon 20 April lalu.
Ahmad Jais Zohdi yang ditemui Antarapos berkata, penduduk sebelum ini diminta membayar RM380 kepada kerajaan negeri bertujuan untuk membayar kerja-kerja mengukur tanah.
Namun selepas dimaklumkan bahawa permohonan mereka gagal, kerajaan negeri bertindak memulangkan semula jumlah wang berkenaan ditambah dengan RM120 yang tidak diketahui tujuannya.
“(Dari keseluruhan permohonan) Yang disenarai pendekkan 300 orang..jadi bila 300 orang, mereka ini dihubungi lagi untuk mengeluarkan sejumlah RM380 kononnya untuk ukur tanah. 
“(Tapi pada 16 Januari 2012 dimaklum permohonan) Ditolak dan (pemohon) dibayar semula RM500. Persoalannya sekarang, pemohon mengeluarkan RM380, jadi RM120 lebih itu untuk apa? Adakah ditujukan untuk tutup mulut?” soal beliau.
Selain itu Ahmad Jais turut memberitahu calon PKR kerusi Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari telah mencanang kononnya perkara tersebut dianggap selesai memandangkan penduduk telah menerima RM500.
Walhal Dr Aziz sebelum ini berjanji untuk membawa tuntutan tersebut ke mahkamah berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan hak tanah ini milik sama rata.
“Tapi sampai sekarang dia tidak ada tindakan apa-apa...Kemudian bila sebarang tindakan tidak dibuat, mereka telah berikan cek kepada peserta (pada) 22 April yang mana 22 April ini adalah selepas penamaan calon.
“Jadi persoalannya, janji hak milik tanah kepada rakyat tetapi diganti dengan duit RM500..itu yang dikatakan selesai? Maka calon PAS dan calon PKR di Parlimen Sabak Bernam ini mendendangkan bahawa benda ini selesai.
“Tapi sekarang ini kami tak dapat apa-apa...waima tanah itu pun kita tak dapat, usahkan sekaki. Maknanya cuma kami (dapat) RM120...Jadi ini yang kita rasa tak puas hati dengan janji Tan Sri Khalid ini,” tegas beliau.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. siapala yg bagi title pakar perlembagaan kat dia ni..

    BalasPadam
  2. Tulah kita ni biar pandai aje jgn memandai-mandai. Awak tu memang pandai undang2 tapi tak pandai ilmu politik. Belajar dulu baru boleh dah arif baru berpolitik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping