Sabtu, Mei 11, 2013


Selama ni, kita ingatkan dia sedar. Tapi tidak. Rupanya Si Azmin Ali ni bukan saja tak sedar diri. Malah lebih menyedihkan, dia ni buta dan pekak tuli.

Buktinya, dalam sidang media yang diadakan semalam, Bang Min kata pencalonan MB Selangor telah dilakukan tanpa merujuk kepada kepimpinan Negeri.

Kenyataan itu dirujuk secara terang - terangan dengan menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
“Kepimpinan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) sendiri tidak tahu nama yang dihantar kepada baginda Sultan,” kata Azmin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Demikian yang dilaporkan oleh laman portal The Malaysian Insider. Tajuknya pun jelas merujuk kepada Si Ketua Penipu tu. Jadi, adakah Bang Min nak salahkan Bang Non?

Rasanya, dah banyak kali dah orang kata yang Si Ketua Penipu tu bukan peduli sangat dengan pandangan dari akar umbi. Dia tu ibarat DIKTATOR dalam PKR.

Sebelum ini pun dah ada Ketua Cabang yang merungut kerana Si Ketua Penipu sering tak mendengar rintihan dari peringkat akar umbi.

Sebagai contoh, nama - nama calon dalam PRU yang baru selesai diadakan baru - baru ini. Tak de satu pun nama Ketua Cabang yang lekat sebagai calon.

Semua cadangan yang dibuat oleh akar umbi jelas ditolak secara terang - terangan oleh Si Ketua Penipu tu. Dia tetap juga nak meletakkan calon pilihan dia sendiri.

Malang la bagi Azmin kerana dia pun tak pernah ambik peduli pasal semua benda ni. Takkan benda yang dah menjadi 'Rahsia Umum' dikalangan ahli PKR tu pun dia tak tau?

Nampak sangat la yang Bang Min ni memang dah kena 'main' dek Si Ketua Penipu tu sebenarnya. Dia mati - mati percaya dengan orang yang ada gelaran Ketua Penipu. Penyudahnya, dia jugak yang kena TIPU!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. dah Gila Kuasa, mana nak perasan segala tipu helah!!!

    BalasPadam
  2. Min, baru kau tau..

    BalasPadam
  3. Baru kau tau min, kau jadi kuda tunggangan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping