Sabtu, Mei 25, 2013


Hanya itu sahaja kesimpulan yang boleh kita buat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali ni sebenarnya. Dia dah bosan dengan permainan Politik Anwar.

Hakikatnya, dia pun dah nampak yang Politik PKR tak pergi ke mana. Setakat nak memperbodoh - bodohkan rakyat dengan agenda yang tak tentu arah.

Semuanya demi untuk memenuhi selera dan nafsu rakus Si Ketua Penipu tu sahaja. Tu sebab sebelum ini SI Azmin ni kata dia tolak Nepotisme dalam PKR.

Jika dilihat, siapa lagi yang mengamalkan Nepotisme tu selain dari keluarga Si Ketua Penipu tu sendiri? Tinggal lagi, orang macam Si Azmin ni jenis manusia tak sedar diri.

Dia tu pun naik bukan sebab orang lain. Hanya semata - mata dia merupakan Bekas Setiausaha Sulit kepada Si Ketua Penipu tu, maka dia dapat tempat dalam PKR.

Kalau tidak kerana sebab itu, sampai mati pun Si Ketua Penipu tu takkan pandang pada Azmin. Malah kewujudan dia dalam parti pun takkan ada orang yang ambik peduli. Jadi, tak payah la dia nak tunjuk sangat sifat Hipokrit dia pada orang lain!!!
PETALING JAYA - Perhimpunan aman disifatkan sebagai tanda suara rakyat yang perlu didengar, bagaimanapun perhimpunan jalanan yang melanggari undang-undang perlu ditolak, demikian kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Kita tak setuju berarak di tengah jalan raya, timbulkan hura-hara, saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur, kita nak berhimpun sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Siviks, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak untuk menghentikan konflik yang ada dan mencari titik temu untuk membawa kemajuan politik Malaysia.

Ahli Parlimen Gombak itu mencadangkan supaya mengadakan satu sesi dialog bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO), badan professional dan semua parti politik dalam negara ini.

"Saya cadangkan supaya insiatif dialog dan usaha sama diadakan tetapi bukan bersifat kepartian. Ini untuk kepentingan rakyat, keselamatan dan kemakmuran negara, saya sedia jadi  penganjurnya dan jumpa semua pihak.

"Tetapi saya tidak cakap untuk jadi kerajaan perpaduan, tidak. Saya orang pertama halang perkara itu. Kerjasama ini tidak bermaksud kerajaan perpaduan," katanya.

Jelas beliau, jika ditakrif dalam Bahasa Melayu adalah sesi temu tembung.

"Sudah tentu ada yang setuju dan tidak setuju tetapi sekurang-kurang ada dialog dan perbincangan, bukan bincang soal pembaruan dalam pilihan raya sahaja, tetapi dalam soal ekonomi, pendidikan dan serantau.

"Saya percaya NGO dan parti politik boleh menyumbang ke arah kebaikan rakyat. Lima tahun akan datang (PRU14) kita lawan lah pulak," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping