Sabtu, Mei 25, 2013


Kita ingatkan calon PKR Paya Besar ni seorang yang 'Cool'. Tapi rupanya tidak juga. Dia pun ada jugak kelemahan dan suka meroyan tak tentu arah.

Apa yang dihujahkan dalam Kongres PKR semalam jelas menunjukkan yang dia cukup marah kerana telah 'dibunuh' secara terang - terangan oleh parti dia sendiri.
Seorang perwakilan wanita PKR hari ini mempersoalkan tindakan parti itu yang didakwanya meletak calon wanita di kerusi yang tidak popular dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Malah, Murni Hidayah Anuar dari Paya Besar menganggap tindakan itu umpama mahu 'membunuh' calon wanita tersebut, termasuk dirinya yang diletak bertanding di Parlimen tersebut.

"Walaupun Paya Besar, Tambun dan Pengerang bukan kerusi popular tapi untuk rekod, Wanita menerima cabaran ini," katanya.

Murni membangkitkan perkara itu ketika membahaskan usul mengenai calon Wanita dalam kongres nasional Wanita PKR kali ke-9 di Petaling Jaya hari ini. 

"Usul ini menekankan peranan Wanita Pusat dalam memastikan calon kita menang dikawasan yang ditandingi. 

"Pastikan ada jentera. Jangan hantar wanita untuk 'dibunuh'. Wanita Pusat perlu ambil tahu. 

"Kita bukan setakat nak cukupkan kuota. Kita hantar wanita untuk bertanding dalam dewan. Maka persediaan perlu dilakukan sekarang," tambahnya.
Alo dek. Kalau nak tau, itulah penangannya bila jadi calon 'Tangkap Muat' PKR. Diorang bukannya pilih berdasarkan kemampuan atau kredibiliti.

Tapi sekadar main cekup mana yang ada je. Bab 'bunuh membunuh' sesama sendiri ni, memang dah jadi kebiasaan bagi puak - puak PKR. Takkan Si Murni Hidayah ni tak tau kot?

Nasihat SH buat Si Murni Hidayah tu mudah je. Dah K.A.L.A.H tu KALAH jugak la!!! Jangan la meroyan tak tentu arah pulak!!! Kata nak jadi pejuang. Baru tak dapat jadi Ahli Parlimen pun dah meroyan, baik jangan jadi pejuang!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. bukan apa...agaknya duit dah byk abis...lainla boss bossss dia org melimpah duittttt

    la tu gila meroyan......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping