Mula - mula dulu, Pak Lan kata anak dia telh diliwat oleh Si Ketua Penipu tu. Masa tu Pak Lan siap angkat sumpah laknat lagi dengan anak dia di sebuah Masjid.
Bila kes tersebut masuk dalam mahkamah, Pak Lan telah dituduh menerima duit suapan dari pihak yang berkenaan semata - mata untuk sebar fitnah terhadap Si Ketua Penipu tu.
Malah, Pak Lan juga telah dituduh sebagai Kaki Judi, kuat berhutang dan sebagainya oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Kemudian, dalam dua bulan lepas, Pak Lan buat pengakuan kata apa yang dia buat sebelum ini terhadap Si Ketua Penipu tu telah dirancang oleh pemimpin Kerajaan.
Pak Lan siap buat sidang media kata semua itu hanya konspirasi untuk menjatuhkan nama Si Ketua Penipu tu dan mencemar imej baik dia kepda orang ramai.
Puas la puak - puak Pakatan Haramjadah tu usung Pak Lan ke pentas - pentas ceramah diorang. Puas diorang mendabik dada kata 'Kebernaran Telah Timbul'.
Manakala dibawah, ada jugak yang beranggapan Pak Lan terima duit dari Si Ketua Penipu tu untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dia hadapi.
Ada jugak yang kata, mungkin sebab kes anak dia kalah membuatkan Pak Lan terdesak untuk mendapatkan wang. Maka sebab itulah dia sanggup mengkhianati anaknya sendiri.
Dan hari ini, Pak Lan tampil pulak membuat kenyataan bahawa Si Ketua Penipu tu memang telah meliwat anak dia dan dia meminta maaf kepada anak dia.
Pak Lan juga turut menarik kembali permohonan maaf yang telah dibuat kepada Si Ketua Penipu tu dan akan bertindak keluar dari PKR.
Dengan itu, SH ingin mengingatkan kepada korang semua. Jangan terkejut kalau lepas ni ada dikalangan puak - puak Pakatan tu membuat tuduhan terhadap Pak Lan.
Mesti ada suara - suara dikalangan diorang akan kata, "Ini semua permainan Politik", "Semuanya taktik kotor BN nak menjatuhkan maruah Anwar."
Tak kurang juga akan ada yang kata, "BN dah terdesak, terpaksa main cerita liwat untuk merosakkan nama Anwar" dan sebagainya.
Pak Lan jugak akan kembali dituduh menerima habuan dari pihak tertentu. Benda ni tak pelik beb sebab itulah kitarannya. Lepas orang ni tuduh, orang tu pulak buat dakwaan.
Apa yang pasti, maruah mangsa tu lebih penting. Maruah Saiful Bukhari tu perlu diutamakan. Maruah Pak Lan ni, biar lantak ke dia la. Tak payah kita nak peduli sangat pun. Lagi pun, bukannya Pak Lan tu yang kena liwat!!!
Sy sokong admin....biaq pi kt dia la nk kata apa pun....perjuangan BN mesti diteruskan...suka hati la pak lannn
BalasPadam