Kalau korang nak tau, inilah cara macam mana pemimpin PKR nak kekalkan kuasa dalam parti. Diorang boleh tangguhkan pemilihan tanpa sebab yang munasabah.
Kononnya, diorang kata, tempoh jawatan Majlis hanya akan berakhir hujung tahun. Itu bukan sebab untuk diorang tidak membuat pemilihan.
Kalau ikut dalam mana - mana pertubuhan, pemilihan boleh dibuat walaupun tempoh matang belum sampai waktunya. Lain la kalau ada sebab yang lebih kukuh.
Sebagai contoh, nak menghadapi Pilihan Raya Umum. Boleh la nak tangguhkan pemilihan tersebut bagi memberi laluan untuk persiapkan jentera.
Sekarang, semua benda dah selesai. PRU pun dah berlalu. Apa lagi yang menghalang mereka untuk buat pemilihan parti tahun ini?
Kalau diorang kata, tempoh jawatan Majlis tu tamat hujung tahun, kenapa tak buat kongres sewaktu tempoh itu tamat? Kenapa nak buat awal - awal?
Itu pun satu persoalan yang perlu dijelaskan jugak. Persoalan yang paling utama, adakah semua ini ada kaitan perebutan kuasa dalaman PKR sendiri?
Kalau sebelum ini, kita dah dapat tengok betapa 'Aman'nya pemilihan PKR yang telah diadakan. Semata - mata nak pilih Timbalan Presiden, dah kecoh tak tentu arah.
Kali ini, dengar cerita, kedudukan Presiden pun akan dicabar secara terang - terangan. Desakan agar Presiden letak jawatan masih lagi tak berjaya.
Jadi, tak mustahil kalau kedudukan Kak Wan akan dicabar oleh mereka - mereka yang Gila Kuasa. Terutama sekali dari kalangan penyokong - penyokong Azmin.
Maka, sebab itu pemilihan jawatan dalam parti terpaksa ditangguhkan sehingga isu itu dapat diselesaikan secara dalaman. Tapi, nak ke Kak Wan lepaskan jawatan dia?
Nak ke para pengikut dia memberikan kebenaran dan akur dengan tindakan tersebut? Diorang pun nak jaga jugak kedudukan masing - masing.
Selama ini, Kak Wan Omega la yang mengekalkan diorang dalam parti dan terus berkuasa. Tanpa Kak Wan, siapa sangat la diorang ni. Hanya ibarat sampah dalam longkang je. Dan itu saja la caranya diorang nak terus kekal berkuasa dalam parti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.