Sabtu, Mei 11, 2013



Calon Pas Dun Pemanis, Normala Sudirman, atau mesra disapa Cikgu Mala, menyatakan kekalahannya di tangan BN pada PRU13 lalu, meninggalkan bekas di hatinya apabila usaha kerasnya selama tempoh berkempen kurang membuahkan hasil.

Menurutnya, walaupun demikian, beliau sudah mengingatkan jentera Pas dan PR di Dun Pemanis agar menerima kekalahan itu dengan penuh reda dan berlapang dada setelah berusaha sedaya upaya.

“Saya menganggap keputusan di Dun Pemanis adalah kemenangan tertunda kami. Hapuskan kesedihan kita, walaupun hati terluka. 

ALLAH SWT telah mengatur yang terbaik untuk kita sebagai hamba-NYA dan pasti kekalahan ini mempunyai hikmah tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, melalui analisa pengundian yang telah dilakukan, masyarakat di tiga kawasan Felda yang ada di Dun Pemanis iaitu Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2 dan Felda Medoi, telah menjadi penyumbang terbesar kepada kekalahan Pas apabila undi di kawasan tersebut memihak kepada BN.

Menurutnya, sifat seorang pejuang adalah tidak pernah takut menghadapi kegagalan dan akan terus bangkit, terus gigih berusaha tanpa jemu untuk terus memenangi hati rakyat di Dun Pemanis.

“Kita akan bekerja bermula hari ini untuk terus memenangi hati rakyat untuk tempoh pilihan raya lima tahun akan datang.

“Matlamat saya menyertai Pas sejak 1997 bukan untuk menjadi calon atau mengharap penghargaan manusia tetapi untuk mencari reda ALLAH di dunia dan di akhirat. 

Kenangan manis sepanjang menghadapi PRU13 di Dun Pemanis tetap terpahat di ingatan saya hingga ke akhir hayat,” katanya.

Ps: Kesian Cikgu Mala ni ek. Itu pun dia masih tak sedar diri jugak ke? Dah menjadi ketentuan Allah S.W.T untuk tidak menjadikan dia sebagai pemimpin.

Terima la hakikat tu. Dia buat la macam mana sekali pun, rakyat tak nak dia jadi wakil mereka. Itu pun dia masih tak faham jugak ke? Alahai...

Tapi, apa boleh buat. Penyakit dia cari sendiri. Bukan salah orang lain. Dah elok - elok dapat tabur bakti jadi Cikgu, dia nak sangat jadi wakil rakyat. Sekarang, sendiri tanggung la!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. sepatutnya dia bersyukur aras kekalahan itu kerna tak terlibat dengan politik perkauman

    BalasPadam
  2. rasuah di kwasan puak melayu punca pas tewas...

    BalasPadam
  3. kerja mulia menjadi pendidik adalah daei sejati yg ditolak oleh Cg Mala.. hasil hasutan dokrtin PAS yg sentiasa letak join PAS itulah 'perjuangan' sebenar.. sampai bila manusia harus ditipu oleh kepalsuan PAS laknatullah? sehinggi keputusan PRU13 diumumkan pencacai PAS masih xmau muhasabah dan sedar diri, tidak mahu baca petunjuk Allah SWT..

    BalasPadam
  4. baik ko mengangkang kat rumah....dapat pahala....buat anak, layan laki ko tu....

    BalasPadam
  5. Cikgu ( bekas cikgu pun digelar cikgu jugak itulah berkatnya menjadi cikgu ) kalau nak cari keredhoaan Ilahi bukan dengan cara masuk pas... Pas bukan agama...mendapat keredhoaan Ilahi itu adalah melalui agama Islam dan bukan melalui agama Pas...Mudah sangat sangat anak murid cikgu pun barangkali lebih faham dari cikgu.. Walahualam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping