Ahad, Mei 26, 2013


Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor menyokong tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin dan penyokong tegar parti pembangkang sejak beberapa hari lalu di bawah Akta Hasutan.

Menurut mereka, penahanan tersebut bukan merupakan tindakan keras atau crackdown yang digembar-gemburkan beberapa pemimpin serta portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider sejak semalam.

Sebaliknya Musa berkata, portal serta pemimpin pembangkang berkenaan perlu bersikap rasional serta menghormati undang-undang negara demi menjamin kestabilan masyarakat dan urusan seharian orang ramai.

"Isunya senang sahaja, apabila ada pihak didapati melanggar undang-undang, pihak polis dengan segala kuasa yang ada perlu menjalankan siasatan ke atas mereka yang terlibat demi menjaga keharmonian negara dan struktur masyarakat majmuk negara ini.

"Kalau mereka tak langgar undang-undang, pihak polis tak akan tangkap, bagi saya jangan berlindung di sebalik hak asasi kebebasan. 

Rakyat kita yang buat protes di Singapura juga ditahan polis republik itu jadi adakah mereka nak halang tindakan polis Singapura," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penahanan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim memberitahu, soal crackdown seperti digembar-gembur portal propembangkang dan para pemimpin mereka langsung tidak timbul kerana polis bertanggungjawab menjaga kedaulatan undang-undang negara.

Katanya, cara pentadbiran dan tanggungjawab polis dalam sesebuah negara adalah sama dengan tanggungjawab seorang bapa mengetuai sebuah keluarga.

"Adakah apabila mereka (pembangkang) berkuasa nanti, mereka hanya akan membiarkan orang ramai membuat protes jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui satu pilihan raya yang adil?

"Ibaratnya adakah mereka akan hanya membiarkan anak- anak mereka merusuh ke jalanan dan mengamalkan budaya songsang kerana itu merupakan hak asasi individu masing-masing," katanya.

Ps: Kesimpulannya, siapa suruh puak - puak Pakatan Haramjadah tu cari penyakit? Sendiri bikin, sendiri tanggung la!!!

Lagi pun, Si Ketua Penipu tu sebenarnya manusia yang cukup RETORIK. Kalau dia buat tak pe. Tapi kalau orang lain buat tak boleh.

Tindakan pihak berkuasa ni sama la dengan tindakan dia yang suka sangat saman orang tak tentu arah tu.

Pantang orang kritik, terus dia saman berjuta - juta. Pun masih lagi dia nak memburuk - burukkan orang lain? Cermin diri dulua la Bang Non!!! Jangan asyik sangat duduk dalam fantasi je!!!
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. Aku paling benci bila ahli politik sendiri yang langgar Undang-undang. Kalau rakyat biasa tak apa lagi sbb banyak yg tak faham undang2 pun.

    Setiap undang-undang akan di perbahaskan di parlimen sebelum di wartakan, jadi ahli politik ini antara orang2 yg meluluskan undang2 tersebut.

    Jadi apakejadah nya geng anuwar ni yang pegi dok langgar undang2 yg mana dorang sendiri yg persetujui..

    Elok di penjarakan terus bangsat2 yg perosak negara ni.

    BalasPadam
  2. Btul tu brader..ni budaya samseng, pas pun memang mgamalkan budaya ni, kini cine pulak, kepala dia pulak amalkan budaya terangsang yg songsang, tu yg suke ddk dlm gelap, takot kantoi msuk dlm video.

    BalasPadam
  3. Betul juga kata TS Musa Hasan kenapa Pakatan Haramjadah tidak protes bila penyokong mereka ditahan oleh pihak polis Spura ketika membuat demontrasi di sana? Tidakkah itu double standard?

    Sayang 1000 kali sayang..... kenapalah ISA dimansuhkan?

    BalasPadam
  4. ANWAR BIKIN UNDANG2, DIA SNDRI 'BREAK THE LAW'. TUNGGU SAJA AKAN DPT HUKUMKARMA

    BalasPadam
  5. saya menggesa agar menteri pertahanan baru,dato zahid hamidi agar memujuk semula dato seri najib agar memikirkan untuk menghidupkan kembali ISA.DISEBABKAN KETIADAAN ISA,PUAK JAHANAM BERANI BERTINDAK SECARA MELULU ATAS NAMA KEBEBASAN.......

    BalasPadam
  6. apa yang Tun Mahathir buat sepatutnya tak perlu di pinda sebb Tun Mahathir tau perangai pembangkang ni camana dan segelintir perangai orang orang melayu yang menyokong pembangkang...so just follow apa yang Tun dah buat kan selamat kalau ada ISA

    BalasPadam
  7. Memang sukar utk membasmi jenayah sekiranya ada pemimpin yg hanya pakar didalam membuat huru-hara di atas nama "keadilan". Jalan keluar yg paling berkesan adalah tangkap suma pengacau-pengacau ini dan "sekolahkan".

    Selepas negara aman sedikit keadaan baharulah mudah pihak polis utk melaksanakan kerja-kerja lain.

    BalasPadam
  8. ISA ke Ordinan Darurat ke ..rakyat biasa yg patuh pada undang undang tak ada apa masalah pun. Cuma beberapa ekor Berok Berok yg terkena belacan yg terkesan dengan undang undang nih ..Singapura masih ada ISA , USA pun ada walaupun tak seiras ...yg PM Najib sibuk nak mansuh apa hal ??? Laa sekarang nak hapus akta hasutan ... Inilah kelemahan Najib (baca anak aristokrat) yg tak biasa susah macam rakyat biasa ... tahunya cuma menabur duit kat sekolah Cina..
    Tak ada ke orang yg boleh bagi sedaQ sikit kat najib jangan jadi "pelembut" sangat sehingga dilihat tak mampu memikul amanah...nampak gayanya orang melayu tak boleh letak harapan pada PM najib ... masa untuk berubah dah sampai ..ini kalilah ...UMNO kena berubah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping