Diatas adalah keratan akhbar yang menunjukkan seorang pengundi muda mengakui bahawa dia boleh mengundi sebanyak dua kali dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Seorang sahabat SH bertanya, budak tu mengundi siapa? Dia mengundi Pakatan atau dia mengundi BN? Dari gambar dalam keratan akhbar tu, nampak macam dia undi Pakatan.
Jika tidak, kenapa pulak Si Fuziah tu boleh turut serta dalam sidang media yang dibuat? Jelas, dari apa yang digambarkan, penyokong Pakatan pun boleh undi dua kali.
Sebelum ini, puak - puak Pakatan tu mendakwa bahawa wujud kemungkinan bahawa BN upah orang untuk mengundi sebanyak dua kali.
Tapi dalam kes ini, nampak gayanya semua dah jadi terbalik. Penyokong Pakatan pun boleh mengundi sebanyak dua kali. Dan ianya tidak mustahil. Si Fuziah tu dah membuktikannya.
Yang seterusnya, kenapa hanya buat laporan Polis? Bukannya Polis boleh ambik apa - apa tindakan pun terhadap perkara tersebut. Lain la kalau buat petisyen.
Sepatutnya, Fuziah memfailkan petisyen dan mempertikaikan perkara tersebut. Itu pun kalau dia benar - benar nak memperjuangkan Kebenaran.
Dengan cara itu, SPR boleh kira semula dan menyemak dakwaan yang telah dibuat. Hakikatnya, Fuziah tau mengenai perkara ini.
Tinggal lagi, tujuan dia bukannya nak menegakkan Kebenaran dan mencari jawapan bagi isu tersebut. Sebaliknya Si Fuziah tu hanya nak memburukkan imej SPR.
Satu lagi persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat SH ialah mengenai Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi. Apa yang diorang buat?
Adakah diorang pun berpakat dengan budak tu dan membiarkan dia melalui semua petugas SPR tanpa sebarang halangan dari mana - mana pihak?
Kenapa dia boleh terlepas sedangkan pencacai - pencacai Pakatan bersepah - sepah dekat luar pintu pagar bagi menghalang 'Pengundi Hantu'?
Kalau diorang boleh tahan 'Bangla' yang kebanyakkannya terdiri dari masyarakat orang India Malaysia, kenapa diorang boleh lepaskan budak ni begitu sahaja?
Nampak sangat wujud pertikaian dari kalangan petugas - petugas Pakatan dalam isu ini. Adakah mereka dah berpakat dalam isu 'Undi Dua Kali' ini?
Tidak mustahil kalau Si Fuziah tu cari 2000 orang penyokongnya untuk melakukan perkara tersebut. Dan perkara ni didedahkan bukan oleh orang lain. Tapi oleh Si Fuziah sendiri.
Maka saranan SH kepada Si Fuziah. Buat la petisyen membantah keputusan PRU yang telah dimenanginya bagi membuktikan bahawa dia menang bukan sebab penyokong dia mengundi sebanyak DUA KALI!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!
Patutlar teresa cock menang besar... memang dasar penipu... walaubagaimanapun kena siasat kesahihan berita poziah ni...
BalasPadammaksudnya mamat ni ada dua ic yg berlainan la kan... pr kasi ic palsu 1 la yer... kalau x masakan dia leh undi 2 kali... mustahil dia guna ic yg sama nama yg sama sbb da tentu2 nama ic memula da kena potong...
BalasPadamSPR tak berasa nak ambik tindakan ke? Bukankah ni satu usaha memalukan SPR..
BalasPadam-aa
am mane statement dia bole masuk mengundi 2 kali, tapi kali kedua tak mengundi? dia buat dadah kot..... sememangnya pusat mengundi boleh masuk sehingga ke saluran pun boleh masuk jika mau dan orang yg bertugas dan bertanggungjawab tak perasan, tapi kertas undi takle la dapat 2 kali sbb nama dah potong dan kertas undi yg dia bawa keluar tu WAJIB disiasat.
BalasPadamAda ramai yang xberapa jelas dengan situasi ni...sila baca full repot dan explanation die.korang bleh cari sendiri kat banyak blog.klu stakat baca yg xcmplete,pastu sembang mcm korang ada kat situ..baik xpayah.wat malu rakyat Malaysia.
BalasPadamUntuk pengetahuan sumer,budak ni dh bgtau dia xmemihak mana2 parti politik (non partisan),sbb dia berniat nk uji spr yang dikatakan TERBAIK di dunia (baca explanation dia).. lgipun repot polis bukan dibuat keesokkan harinya,tpi pd petang hari yang sama yakni sebelum pengumuman kputusan pru malam tu..mmg xde bias mana-mana parti.berdasarkn komen2 korang di atas ni,klu PR menang PRU13, mesti korang akan angkat dia sebagai HERO dan bgitau PR menang dengan penipuan,CONFIRM...
SPR memang ada kelemahan.memang xakan perfect.yg korang nk pertahankan sgt2 ni APA PASAL??klu korang petugas spr (hatta pengerusi spr skalipun),korang perlu ambil maklum perkara begini.bukan berkeras xterima xtentu pasal.mgkin di sestengah tempat mmg betul perlaksanaan ikut prosedur,tpi ada jgak kelemahan di beberapa tempat mengundi yg perlu diambil perhatian….bagus juga bila ada kes2 macam ni, skurang2nya kita tahu ada kelemahan yang perlu diperbetulkan untuk pemantapan SPR itu sendiri...
Apsal dia xkomplen senyap2 je kat spr klu betullah nk memantapkan spr?korang tau tak apa ketua spr kat situ bagitau dia,.”mustahil,mustahil ini boleh berlaku!!”xnak terima kenyataan…ye lah,logic akal,xkan nak mengaku kesalahan, ramai kot yg ada kat tempat pengundian...disbbkan intension dia nk tegur n jelaskan kesilapan spr,tu yg dia mengadu kat bersih,parti pmbangkang, dan lain-lain…Kenapa ahli PKR yg cam backup dia jer...memang la pasal SPR buat derkk dan BN xnak amek tau pasal dh 'MENANG'....lagipun siapa lagi yang nak ketengahkan isu ni selain daripada mereka2 yg telah 'KALAH'..utk pengetahuan pn fuziah pkr yg MENANG parlimen kuantan tpi still ambil maklum perkara ini dan ketengahkannya…walhal beliau boleh jer duk diam2 dan mempertahankan KEMENANGAN beliau..
Utk pgetahuan, petugas spr telah terlepas pandang sbb jarinya bersih n xde calit dgn dakwat 'xkekal'..bab potong nama tu,sumber (sila tegur klu salah) mengatakan spr menggunakan 2 buku (kat situ,tmpat lain xtau la)sbb nk percepatkan proses pengundian (kesilapan disini adalah 1 buku potong,1 buku tak potong nama,spatutnya dua2 kena potong nama..wakil parti dan petugas pun silap sbb x alert benda ni)..wakil dun tg.lumpur dari bn Datuk Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dan dari pas ustaz rosli pun datang petang tu dan telah mengesyorkan budak ni ni pergi repot polis.jdi xde istilah tipu disini...ramai yg ada waktu tu..
BalasPadamada yg cakap mustahil,xlogik,fitnah,ada yg cakap penipu, mcm2 lagi,kenapa x pertahankan bdak ni untuk memperkasakan spr....petugas spr kat situ sj yg tahu apa kesilapan mereka...klu nk sruh mereka mengaku,memang mcm letak pasir dlm periuk nasik sendiri le..
ada yg tanya mengapa xamek video dan tunjukkan bukti dakwat dihilangkan,(prgi baca explanation dia 10kali dlu) sbb niat dia nak uji spr tercetus selepas dakwat yg dicalit pd jarinya mudah benor ilangnye..(spr dakwa dakwat kekal slama 5 hari dan xbleh hilang menggunakan bahan2 pencuci yg klazimannya ada di rumah).lagi 1,wlupun zaman dh moden.tpi xsumer mampu pakai smartphone yg bleh rakam video n amek gambar (aku pn pakai sony ericsson lama je)
ada yg bagitau dakwat tu mustahil hilang tp aku percaya ramai yg tau dkwat ni xbrapa nk kekal slam 5 hari..ada yg xsampai brapa jam klu dicuci dgn cermat..semua maklum yg sesetengah dakwat memang mengikut kriteria, TAPI xsemua dkwat brada dlm kondisi yg terbaik (contoh ada air sirap dalam 1000 liter dalam tong,xsama manis bahagian atas tong dgn bwh tong,budak darjah 2 pun tau)
ada plak yg suruh tangkap pasal menipu(baca lagi explanation dia 100x)..nk tangkap?budak ni berani wat repot polis sbb dia dapat masuk pusat pengundian sbanyak 2 kli.yg kali ke2 tu dia xpangkah pun,dia bagitau kat petugas kat situ yang dia dh masuk kali ke2..klu ikutkan, dia boleh jer pangkah 2 x untuk BN tpi dia sedar kelemahan spr yg jelas disitu..bila orang tegur kesalahan,kita tangkap...APA PUNYA MANUSIA CAMNI..ditegaskan skali lagi usaha camni dpt menambahbaikkan spr utk masa2 akan dtg.....sesuai dgn motto spr ‘CEKAP dan TELUS’. – sahabat Fadhli
Kalau nak cerita Non Partisan, semua orang boleh cakap. Nak uji ketelusan SPR? Apa kata uji ketelusan Si Fuziah tu dulu dalam Pilihan Raya kali ini? Tak mustahil kalau dia suruh penyokong 'Non Partisan' dia untuk mengundi dua kali. Itu pun Logic Akal jugak kan?
BalasPadamWah... kalu sblm ni, diorg dok tuduh BN buat kerja mcm tu.. diorg sebar citer kata BN upah bdk untk mengundi dua kali... diorg kata BN bwk Pengundi Hantu untk mmengundi... kali ni, kena plak kat batang hidung diorg sendiri ye? bila ckp mcm tu, bole plak diorg kata ianya mustahil?
BalasPadamTak mustahil diorg bole buat benda yg sama... upah bdk undi dua kali dan import pengundi hantu dari kalangan orang Cina... apa bezanya diorg dgn BN kalu mcm tu...
Ulasan anda cukup bagus utk menyedarkan semua org
BalasPadamCuba baca penuh jgn ambil setengah setengah. Anda sedar pun..selama ini pakatan memutar isu mengambil setengah setengan...membabi buta penyokongnya menerima semua tuduhan fitnah...melopong mulut..
Mulai sekarang kita semua.termasuk anda meneliti semua berita tanpa menerima setengah setengah.
Saya sendiri boleh berkata tidak memihak mana mana parti. Semua org boleh berkata begitu. Saya menghormati pandangan anda. Semua org tau di tempat pengundian pekerja SPR bukan bermakna org BN..mungkin mereka pakatan.byk kemungkinan boleh berlaku.
Di sinilah timbul persoalan...bagaimana mungkin satu buku dipotong satu tidak..adakah benar lupa atau terlepas pandang atau sengaja...adakah benar jarinya sudah dicalitkan dakwat..hanya sedikit utk mengelabui mata yg lain..tidak dicalitkan langsung.
Aneh anda tidak mengenalinya..tidak melihat kertas undinya..semua org tidak tau yg mana satu kertas undi..bagaimana anda pasti dia memangkah BN..saya sendiri boleh memberitahu semua org saya undi BN...padahal sebenarnya undi Pas. Begitu yakin anda.
Bagaimana anda begitu yakin dia jujur telus tidak memihak mana mana parti. Saya sendiri tidak terlibat mana mana parti tetapi yg pasti saya memangkah satu parti.
SPR sendiri telah menyatakan akan mengambil tindakan di atas laporan beliau.
Pekerja SPR tidak bermakna memangkah BN.
Pekerja SPR tidak bermakna menyokong BN
Moral di sini utk semua..telitilah semua berita sebelum mempercayai sesuatu berita bukan setengah setengah atau mempercayai terus.
Saya menghormati ulasan anda. Anda juga harus menghormati ulasan saya. Kita sama sama tunggu hasil penyiasatan.