Khamis, Mei 16, 2013


Dah dua minggu berlalu, Pilihan Raya Umum sudah pun berakhir. Semalam, senarai nama kabinet pula telah pun selesai diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Malangnya, nama Perdana Menteri Malaysia tu bukan la Anwar Bin Ibrahim. Sebaliknya, rakyat Malaysia masih mengekalkan insan yang bernama Mohd Najib Bin Abdul Razak sebagai PM mereka.

Bermakna, sudah dua minggu SH memantau blog Ahli Parlimen Kuantan yang cukup lantang memainkan propaganda 'tumpang tui' sepanjang PRU yang lalu.

Apa yang SH nantikan ialah artikel berkaitan dengan kemenangan yang dimiliki oleh Fuziah berikutan keputusan PRU yang diumumkan oleh SPR sebelum ini.

SH nak jugak tau apa isi hati dia. Adakah dia bersyukur dengan kemenangan tersebut atau dia juga turut mempertikaikan keputusan yang telah dibuat?

Maklum la. Sekarang ni kan puak - puak Pakatan Haramjadah tu tengah dok sibuk nak buat 'Malaysian Spring' dan mengatur untuk mengadakan Demonstrasi Jalanan.

Jadi, memang penting bagi seorang rakyat seperti SH untuk tahu apa respon Si Fuziah mengenai kemenangan yang diperolehinya sebelum ini.

Adakah dia juga akan turut mempertikaikan keputusan yang dia perolehi atau dia takut untuk bersuara kerana khuatir mungkin ada orang yang akan buat petisyen?

Kalau diikutkan, memang patut pun ada orang buat petisyen mengenai kemenangan yang diperolehi oleh Si Fuziah tu. Sebab dia juga pernah timbulkan satu persoalan sebelum ini.

Si Fuziah tu pernah menuduh UMNO/BN telah berkomplot dengan SPR untuk mengimport seramai 5000 ribu orang anggota Rela sebagai pengundi di Kuantan.

Tuduhan tersebut dibuat dua minggu sebelum Pilihan Raya Umum diadakan sebagai salah satu propaganda untuk mengelirukan rakyat.

Sekarang SH nak tanya, ke mana hilangnya 5000 orang anggota Rela yang dikatakan oleh Fuziah tu? Adakah mereka tiba- tiba boleh lesap begitu sahaja?

Andaikata benar wujud anggota Rela seramai 5000 orang tu, bermakna Si Fuziah tu tak mungkin dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Kuantan.

Sebaliknya, dengan kewujudan 5000 orang anggota Rela tu akan menyaksikan persaraan Fuziah kerana dia pasti akan kalah dengan majoriti kurang dari seribu.

Nah!!! Jelas timbul persoalan apabila isu ini dibangkitkan semula. Adakah tuduhan yang dibuat oleh Fuziah sebelum ini ada bukti yang kukuh atau ianya sekadar tuduhan kosong?

Atau, adakah baru sekarang Si Fuziah tu nak kumpul bukti untuk membenarkan tuduhan yang telah dibuat sebelum ini terhadap UMNO/BN dan pihak SPR?

Nampak sangat la yang Si Fuziah ni pun sebenarnya hanya sekadar pandai menimbulkan spekulasi. Tapi kenapa bila dia dah menang, dia senyap pulak? Takut orang pertikai pulak ke? Lain kali nak buat tuduhan, pakai la Kepala Otak, jangan pakai Kepala Lutut!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping