Alahai!!! Mengalahkan bebudak sekolah tadika la pulak Si Husam ni. Punya la kuat penangan kekalahan yang dia hadapi di Putrajaya, sampai hilang akal dibuatnya.
Kalau macam ni la rupa, gaya dan sifat seorang yang nak menggelarkan diri sebagai pejuang, memang patut sangat la Rejim PAS Kelantan gugurkan nama dia.
Bukan apa beb. Buat malu je ada pemimpin yang kuat merajuk tak tentu arah macam ni. Buat malu dengan ahli - ahli dan rakyat secara keseluruhannya. Baik suruh Si Husam ni duduk kat kandang kambing dia je lagi bagus. Tak de la menyusahkan orang!!!
Tindakan Naib Presiden PAS, Husam Musa memboikot majlis persaraan bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu sehari dua lepas amat mengejutkan ramai penyokong PAS kerana ia dilihat kurang matang dan agak memalukan Kerajaan PAS Kelantan.Ketika semua pemimpin dan wakil rakyat PAS boleh menghadirkan diri untuk memberi penghormatan kepada Nik Aziz atas jasanya yang tidak seberapa sepanjang 23 tahun menjadi MB Kelantan, namun ketiadaan kelibat Husam jelas menunjukkan rajuknya belum padam.Bekas Exco Kanan itu nampaknya belum dapat menerima hakikat di atas kegagalannya mewarisi jawatan MB dan terpinggir pula dari menduduki kerusi Timbalan MB. Lebih malang lagi namanya untuk sebagai Exco juga tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.Dari satu aspek, memang Husam berhak untuk meneruskan rajuk hatinya memandangkan selama ini hanya dia sajalah buah hati pengarang jantung Nik Aziz sepanjang 23 tahun bekas MB itu mengurus tadbir negeri ini.Tanpa Husam memang hilang punca Nik Aziz dibuatnya apatah lagi orang tua yang bermulut berus itu kepandaiannya setakat merasmikan perlancaran batu asas dan papan tanda itu ini sahaja, mahu tak mahu pada Husam sajalah tempatnya bergantung harap.Jika tidak kerana permainan politik musuhnya dalam parti, barangkali Husam masih lagi membarisi kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan sebagai Timbalan MB yang baru atau paling lekeh pun namanya masih kekal sebagai Exco Kanan dan tidaklah terpinggir seperti sekarang.Demikianlah perjalanan politik PAS, waktu menjadi anak emas MB dialah segala penentu arah tujunya selain kerap mengkhianati rakan separti untuk kepentingan diri, kini bila terpinggir terpaksalah memencil diri sukar menerima hakikat betapa pedihnya bila dikhianati.Entah bila akan padam rajuk Husam hanya dia saja yang tahu,namun dilihat dari keengganannya menyertai majlis persaraan Nik Aziz ada kemungkinan rajuknya akan berpanjangan. Kasihan Husam, hidupnya kini ibarat dah habis madu sepahnya dibuang begitu saja.
itulah banyak sangat jumpa telaga minyak. kan kalau die dilantik jadi exco lg, kat bawah bangunan suk kelantan plak die jumpa telaga minyak. buka kilang minyak masak jerla husam.. bukak dekat salor. ade jgk peluang pkerjaan kat pnduduk salor..he3 jgn mrh yea nanti kena jual..
BalasPadamHusam mengelak dari pok nik yg akan memberi jawapan batu giling cabai...
BalasPadamPok nik sedari dia sudah lama dipergunakan husam untuk pecah tanah pelbagai projek negeri kayangan hingga sultan murka..
Pasal husam, tak pasal2 pok nik gagal diperkonan..