Isnin, Mei 20, 2013


Tahniah SH ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang kerana telah mengambil insiatif yang cukup efektif dalam menjelaskan isu pasal tanah di Cameron Highland ni.

Rupanya, pihak syarikat yang diberi tanggugjawab membangunkan kawasan tersebut sudah pun membuat bayaran pampasan tahunan kepada penduduk Orang Asli yang terlibat.

Katanya, bayaran yang telah dibuat mencecah RM 4,000 bagi setiap keluarga yang terlibat. Cukup lumayan beb. Tak la macam Ladang Rakyat di Kelantan.

Bukan sahaja tanah kena tarah, malah penduduk Orang Asli pun dipaksa pindah dari kawasan yang mereka diami selama hari ini. Nak harapkan pampasan? Jangan mimpi la!!!

Dah la tanah tu diberikan kepada syarikat dari luar Negara. Rakyat sendiri pulak yang dipinggirkan. Itu yang nak dikatakan sebagai Kerajaan yang menjaga Kebajikan Rakyat? Mimpi je la kalau dengan Rejim PAS Kelantan ni!!!
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada Isnin menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang.

Katanya perkara itu dilakukan selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)mengambil alih tanah berkenaan daripada Orang Asli di kawasan terbabit, untuk dimajukan sebagai tanah pertanian.

"Kalau ada pihak yang merasakan isu ini berkaitan dengan salah guna kuasa atau rasuah sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)... biar mereka yang siasat dan jangan buat tuduhan semberono," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio anggota majlis mesyuarat kerajaan negeridi sini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin yang mendakwa berlaku penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian di beberapa kawasan di Pos Terisu, Cameron Highlands.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dilapor berkata kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas dengan kerajaan negeri bagi menyiasat isu penerokaan hutan secara haram di negara ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata tindakan JAKOA menyerahkan tanah berkenaan kepada sebuah syarikat bertujuan memastikan pembangunan dijalankan secara teratur, selain mengelak penerokaan yang tidak tersusun oleh Orang Asli.

"Syarikat berkenaan juga telah membuat bayaran kepada 55 keluarga Orang Asli (yang tanahnya terlibat dalam penerokaan itu) setiap tahun bermula 2008," katanya.

Menurut Adnan, syarikat berkenaan membayar RM800 pada 2008; meningkat kepada RM1,800 pada 2009; RM 2,400 pada 2010 dan RM4,000 pada 2011.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping