Khamis, Mei 23, 2013



Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyenaraikan dua faktor mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mengadakan Himpunan 505.

“Anwar mahu kerjaya politiknya diteruskan kerana beliau sudah yakinkan sebahagian pengundi bahawa PR akan tubuhkan kerajaan, namun dengan izin ALLAH SWT tidak berjaya. Faktor kedua pula, Anwar pernah kata jika PR kalah, beliau akan pergi luar negara untuk menjadi pensyarah, tapi hari ini beliau masih berpolitik.

"Disebabkan dua faktor ini, beliau terpaksa cari isu lain. Yang jadi mangsa ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Mohd Isa berkata, SPR dituduh tidak telus dan pegawai yang dilantik tidak betul.
"Walaupun mereka menang di beberapa negeri, negeri yang mereka menang telus, yang kalah tak telus.

"Katakanlah di Jempol, kita menang Parlimen dan tiga Dun itu tidak telus, tapi Dun Bahau dimenangi DAP itu telus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar sejurus selesai Program Penghijauan Bumi anjuran Tesco Malaysia dengan kerjasama Majlis daerah Jempol (MDJL) dan Pejabat Penerangan daerah Jempol, di Dataran Seri Jempol, semalam.

Menurut Mohd Isa, kepercayaan rakyat terhadap Anwar juga sudah berkurang apabila peserta Himpunan 505 siri kedua dan ketiga dilihat tidak seramai di Kelana Jaya.

“Kalau beliau asyik buat demonstrasi, siapa akan ikut? Saya harap rakyat boleh nilai kebenaran, kita tidak mahu PR gunakan teori demonstrasi untuk ganggu orang awam dalam menjalankan urusan mereka yang lain,” katanya.


Ps: Kesimpulannya mudah je beb. Kalau dah ikut kepala orang Gila, memang Gila la jawabnya!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. hebat anwar, menangkis sepak terajang orang BN, puah kiri puah kanan...... siapa berani, mari datang, tapi bila memek datang tak pula dia nak bersilat.. tengok gambar di atas tu,.. ha ha ha...

    BalasPadam
  2. Kalau dphatikan ada 2 mangkok yg bakal jd 'anwar', mpunyai ciri2 yg srupa, hati2 dgn 2 mangkok ni yg bakal mrosakkn negara, ksilapan krajaan tdahulu ialah tidak mgkaji scara mdalam dn detail prangai atau sifat dn kmungkinan2 yg bakal dlakukam anwar, 2 mangko tu ialah adam dn khalid, hati-hati..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping