Khamis, Mei 23, 2013


SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini.

Kartunis Zunar turut menulis dalam dalam laman mikro Twitter miliknya mengesahkan penahanan mereka berdua.

Dipercayai penahanan ini berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

“Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang,” tulis Tian menerusi Twitter beliau setengah jam yang lalu.

Beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara Haris yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) dikatakan ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Difahamkan, seorang lagi turut ditahan ialah aktivis Pas, Tamrin Ghafar. Selain Tian dan Haris yang ditahan di bawah Akta Hasutan, Tamrin juga menerima nasib sama.

Haris turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu, di mana aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim turut berucap.Ketiga-ketiga mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan dalam perhimpunan Sabtu ini di padang Amcorp Mall. 
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Kahkahkah.

    Kudos PDRM.
    Let's HANG 'EM HIGH!!!

    BalasPadam
  2. Negara kita ada undang undang, ada bau saja ada orang nak buat kacau , melanggar undang undang hasutan kita minta polis tahan lokap, charge di mahkamah, mereka kena buktikan mereka tidak bersalah. Kita mau Negara aman, bukan kacau bilau,..cukup lah dah lima tahun kita tak tenteram sebab ada sekor dua ekor yang terlepas mula buat kacau, pilihanraya dah habis, masa untuk berkerja, rakyat nak kerja nak making, nak membesarkan anak,,,mengapa penghasut mahu mengganggu rakyat...biar kerajaan pilihan rakyat majority melalui undi menjalankan kerja mereka,,, dah bosan dengan PR ni...perosak rakyat...

    BalasPadam
  3. Gambaran yg mrk berikan spt, keadilan itu akan hanya tercapai bila mrk menang semuanya atau bila mrk mendpt kuasa sepenuhnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping