Hebat la PAS ni. Dah la diorang dituduh menjadi punca kekalahan kepada PKR di Selangor. Kemudian dituduh pulak muka tak malu sebab nak jadi MB.
Sekarang diorang dah mula buat tuntutan untuk mendapat lebih banyak kerusi sebagai Exco Kerajaan Negeri pulak! Apa dah jadi sekarang ni?
Ke mana hilangnya istiqomah PAS yang tidak bertunjangkan kepada jawatan, pangkat dan gelaran? Bukan ke itu semua tidak menjadi keutamaan kepada mereka?
Sekarang kita dapat lihat. Perjuangan PAS mula beralih arah. Kalau dulu, diorang berjuang untuk menegakkan Islam. Sekarang diorang berjuang untuk dapatkan jawatan pulak.
Jangan la nak bagi alasan kononnya jawatan tu untuk menegakkan Islam. Tolong la jangan jadi cliche' sangat. Jangan guna alasan murahan tu untuk pancing orang.
Dulu, masa Hassan Ali nak kuat kuasa kan undang - undang mengharamkan penjualan arak dikawasan majoriti Melayu, siapa yang halang kalau bukan pemimpin PAS?
Masa dia nak laksanakan penguatkuasaan menghalang pekerja muslim bekerja di premis yang menjual arak, yang menentang pun bukan orang lain. Pemimpin PAS jugak.
Jadi, untuk apa kalau pemimpin PAS diberikan jawatan didalam Kerajaan sekiranya penguatkuasaan undang - undang Islam tu diorang tak laksanakan? Kalau setakat nak jawatan je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Keputusan PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi DUN, PKR 14 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) 12 kerusi."PAS Pusat dan PAS Selangor bersetuju memberikan jawatan Menteri Besar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Kita sebulat suara bersetuju sebab kita dah ada Kelantan di bawah PAS, DAP tadbir di Pulau Pinang, jadi Selangor kita beri kepada PKR," kata Abdul Rani kepada Antarapos.Bagaimanapun jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru ini, parti itu berhasrat agar lebih banyak tempat untuk wakil rakyatnya mengisi barisan exco kerajaan negeri.Tambah Abdul Rani, parti itu mempunyai calon-calon yang berwibawa untuk memegang jawatan tersebut."Kita mahu minta pertambahan jawatan exco kerajaan negeri berbanding lima tahun lalu. Perkara ini juga diputuskan PAS Pusat termasuk calon yang layak memegang jawatan itu," katanya menambah polemik pelantikan Menteri Besar Selangor sudah selesai.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.