Isnin, Mei 13, 2013


Tatkala orang lain sedang sibuk membuat bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu, Si Husam ni masih lagi tak puas hati dengan barisan Exco di Kelantan.

Husam sehingga hari ini dilihat masih lagi mempertikaikan pemilihan Exco yang dituduh tidak dilakukan mengikut prosedur biasa. Keputusan yang dibuat tidak sah.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengambil sikap acuh tak acuh terhadap tentangan Datuk Husam Musa yang membantah keras pelantikan barisan exco baru yang didakwa diluluskan tanpa mengikut prosedur.
 
Sebaliknya Ahmad yang menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui kerajaan negeri Kelantan berkata keputusan tersebut adalah muktamad.
 
"Saya rasa tak perlu untuk buat apa-apa lagi, keputusan muktamad. Saya rasa tidak perlu nak kata apa-apa lagi, tidak perlu saya komen lagi perkara ini," katanya kepada Antarapos.
 
Kejutan berlaku apabila senarai exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan baru menggugurkan Husam daripada dilantik semula walaupun sudah dua penggal memegang jawatan itu.
 
Ketiadaan Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.
 
Ia juga mendorong penyokong Husam berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau daripada barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baru.
 
Terdahulu, Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini adalah pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan. 
Macam ni la Husam. Apa kata engkau buat pulak bantahan secara besar - besaran dan mencabar keputusan SPR yang mengumumkan kemenangan PAS di Kelantan.

Kalau orang lain boleh pertikaikan SPR terhadap keputusan PRU yang lalu, kenapa pulak dia tak boleh buat? Nah!!! Buat la bantahan dengan mengatakan keputusan tersebut tak sah. 

Dia pun boleh jugak buat cerita kononnya perlantikan Exco itu tak sah sebab semua yang disenaraikan tak menang dalam PRU yang lalu. Wujud pengundi hantu dan sebagainya.

Bukan payah sangat nak ada bukti. Yang penting tuduh dulu. Kemudian bau kumpul bukti. Buat macam yang Si Ketua Penipu tu buat. Habis cerita. Rasanya cara tu lagi elok dari dia nak buat bantahan tak tentu arah macam orang GILA!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping