Sabtu, Mei 25, 2013


Kesian beb. Memang SH kesian sangat dengan Pak Harun kita sorang ni. Tak de orang lansung nak ambik peduli dengan apa yang dia cakap.

Walaupun Pak Harun seorang yang pegang jawatan cukup penting dalam parti, tapi tak de lansung orang yang ambik serius dengan apa yang diperkatakan.

Korang bayangkan la. Pak Harun ni KETUA DEWAN ULAMA. SH ulangi, Ketua Dewan Ulama bagi sebuah parti yang KONONnya mengangkat Ulama sebagai Umarak.

Tapi apa gunanya dia jadi Ketua Dewan Ulama jika tak de orang yang nak dengar cakap dia atau ambik pusing dengan peringatan yang dia cakap?

Semalam Pak Harun tegah ahli - ahli PAS dari menyertai perhimpunan yang dijadualkan diadakan hari ini bagi menolak keputusan PRU yang lalu.

Kata Pak Harun, PAS mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk terus memperkasakan parti.

Malangnya, tak de sorang pun yang ikut cakap Pak Harun. Malah, Setiausaha Agung PAS bersama - sama dengan Timbalan dan Naib Presiden pun dah berjanji nak bawak ahli. 

Tengok aje la hari ini. Berapa ramai ahli - ahli PAS yang engkar dengan arahan Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Pun masih diorang nak kata yang diorang ni hormat pada Ulama? Jadi, buat mengabihkan air liur je la Pak Harun. Serupa bercakap dengan dinding!!!
Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.  
Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.  
Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat” Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Apa nak buat.. dah anak buah smua dah dididik hal duniawi, merebut pangkat kuasa dan status, bukankah ini perjuangan Pas? Takluk dulu baru pikir hal Islam, lagi 1 mungkin pangkat dewan ulama Pas dah sama level dgn dewan serbaguna kot?

    BalasPadam
  2. Macam mana tuntutan Pak Harun akan sampai kepada puak puak PAS berkenaan?. Kan HARAKAH dah dirampas oleh KDN...

    Dan puak puak PAS ni pun tak baca Utusan Malaysia...tak tonton TV1, TV2, TV3...
    Maklumat tak sampai...

    Datuk Harun kena cari jalan terbaik untuk sampaikan Amanat Berkenaan....

    Betul ke....?
    "Amanat Haji Hadi" masih diamalkan.....

    BalasPadam
  3. Aku dengar Dewan Ulama paling besar dalam PAS. Rupanya karut je. Masa isu kalimah dulu Dewan Ulama boleh batalkan cakap Presiden dan MB Kelantan(Mursyidul Pas) rupanya hanya nak menyelamatkan air muka Hadi Awang dan Nik Aziz saja sebab Harun Din dah kata sapa.benarkan kalimah digunakan oleh kristian jadi kufur. Le ni apa Dewan Ulama cakap tak laku. PEMUDA pAS tidak pakai Naib Presiden tak pakai Harakqh tak pakai. HUSAM musa tak pakai. Rupanya PAS ni Parti hipokrit.. Atau le.ni sapa.saja boleh buat keputusan ikut sedap.dia orang dan inilah yang sememangnya PAS selalu buat. PAS adalah Parti Minoriti dalam PR. Kalau beli MP.dari Ban pun PAS TETAP PARTI MINORITI. Kalau buat kacau boleh tukar kerajaan pun PAS tetap parti minoriti. Untuk penyokong PAS. PAS hanya boleh ganti UMNO sekiranya Malaysia ni jadi Iraq atau Palestine. Jadi redhalah PAS bahwa PAS.dan.UmNO perlu bersatu demi Islam..Berundinglah baik-baik jangan dengar sangat NIK AZiz yg berdendam. STOPPA video. Husam Batu asas. Mat Sapu semuanya yang tak relevan lagi.

    BalasPadam
  4. Dunia akhir zaman....kemunafikan semakin terserlah, tiada lagi yg takut apatah lagi taat dengan arahan ularmak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping