Itu pandangan umum yang diberikan oleh rakyat mengenai Kongres PKR hujung minggu ini. Parti itu memang wajar untuk mengkaji dimana silap mereka sendiri.
Seperti yang telah dijelaskan oleh pimpinan PAS sebelum ini, mereka perlu menerima kekalahan dalam PRU yang lalu sebagai khifarah dari Allah.
Waktu ini, tidak ada gunanya bagi mana - mana pihak untuk bertindak menentang keputusan yang telah dibuat. Sebaiknya, mereka mengkaji kelemahan sendiri.
Tapi, itu harapan bagi sesetengah pihak la. Termasuk dari kalangan pemimpin PAS yang sebelum ini jelas menolak pendekatan yang dibuat oleh PKR dan DAPigs.
Mereka menolak cara kekerasan dengan mengadakan Himpunan dan merancang untuk mewujudkan kekecohan bagi membantah keputusan PRU yang lalu.
Hakikatnya, kekalahan PKR bukan atas sebab mereka 'popular' atau rakyat menolak mereka. Tetapi wujud juga pertikaian dalaman yang masih belum selesai.
Dalam tempoh Pilihan Raya yang lalu kita sendiri dapat melihat dengan jelas bagaimana sebahagian besar jentera PKR memboikot parti itu secara terang - terangan
Mana tidaknya. Hampir ke semua calon - calon yang diumumkan ditolak oleh ahli - ahli di peringkat akar umbi sendiri sehingga memaksa beberapa orang Ketua Cabang keluar parti.
Itu belum cerita pasal perebutan kuasa didalam parti. Ramai jugak yang sudah mula membuka mulut dan menyatakan bantahan masing - masing.
Ada sebelah pihak mula mempertikaikan mengenai amalan 'KRONISME' yang cukup tebal didalam PKR secara lantang melalui media - media arus perdana.
Tak kurang juga dengan bantahan terhadap kelantangan pemimpin yang mengkritik Presiden parti secara terang - terangan. Tu semua penyakit dalaman PKR yang kronik.
Maka, adalah wajar bagi PKR untuk menggunakan pentas di hari Kongres mereka nanti untuk mereka membentangkan kelemahan yang perlu diperbaiki. Bukannya sekadar mempertikaikan pasal orang lain!!!
PETALING JAYA: Kongres nasional PKR di Petaling Jaya esok dan lusa (Sabtu dan Ahad) perlu berlapang dada bahawa parti itu kalah `besar’ dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu salah dan merugikan.
Sudah masa untuk parti politik itu merenung bahawa sebahagiannya disebabkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan ibarat `menang sorak’ saja.
Kuasa Anwar dalam parti sangat besar, umpamanya dalam pemilihan calon hingga mereka yang sudah usang dipilih bertanding.
Akibatnya calon-calon dekat Anwar itu kecundang. Antaranya, Mustaffa Kamil Ayub di Pasir Salak, Khalid Jaafar (Hulu Selangor) dan Mohammad Nur Manuty (Bagan Serai).Perwakilan juga perlu bertanya kepada diri sendiri adakah perlu untuk PKR yang berusia 13 tahun dikuasai oleh satu keluarga – Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah Anwar?
Nak trgelak aku bc pas xnak gune kkerasan, xingat ke hal Bersih, brguling bwh kreta sultan perak dn tbaru 505hitam legam? Aku rasa puak kopiah bjanggut ni yg paling aktif, jadah btol.
BalasPadam