Selasa, Mei 28, 2013


Melihat kenyataan yang keluar dari mulut Si Mahfuz Bean ni, nampak sangat dia lebih pentingkan orang lain dari soal menjaga maruah Presiden partinya.

Dalam ucapan di Himpunan Blackout Sabtu lalu menjelaskan pendirian Mahfuz bahawa keselamatan orang lain perlu diutamakan dari membela nama baik Presidennya.

Mahfuz anggap penahanan Si Mahasewel dan beberapa orang aktivis yang mahu mencetuskan demonstrasi jalanan lebih perlu diberi keutamaan.

Mungkin, bagi Mahfuz, ancaman yang dibuat oleh aktivis Pro Pakatan tidak wajar diambil tindakan yang drastik dan ianya perlu diabaikan sahaja.

Tapi, dalam isu berkaitan dengan penghinaan AMK terhadap Presiden PAS, Si Mahfuz ni lebih rela untuk mendiamkan diri. Tak de lansung komen yang diberikannya.

Walhal, kenyataan dari Anak Muda Kecoh yang dipimpin oleh Si Sam Ketot tu jelas telah menguris hati ahli - ahli PAS secara keseluruhannya. Tapi, apa yang Mahfuz buat?

Apa yang dilakukan oleh Si Sam Ketot tu sebenarnya lebih 'Ganas' dari tangkapan yang dibuat terhadap aktivis yang Pro Pakatan tu. Keganasan mereka dari segi kata - kata.

Namun, ianya tidak dianggap satu isu yang serius bagi Mahfuz Bean. Tapi, apa boleh buat ye tak. Sedangkan maruah Islam pun tak mampu dia nak pertahankan dalam isu kalimah Allah, inikan pulak maruah Presiden sendiri!!! Lagi la dia tak mampu nak buat!!!
Naib Presiden PAS, Mahfuz “Bean” Omar, berucap di pentas himpunan 505 berdekatan Amcorp Mall pada Sabtu baru-baru ini. 
Bukan main lagi dia melontarkan suara, tapi sayang “pitching”nya lari sama sekali dan “tone”nya masih sumbang seperti selalu! 
Mahfuz mendakwa “kezaliman” Kerajaan BN yang mengamalkan “politik ganas” telah menyebabkan “rakyat” turun memenuhi jalanraya melakukan himpunan “aman”. 
Otak Mahfuz mendakwa bahawa tindakan “UMNO” yang menahan Adam Adli, pemimpin politik dan aktivis Pakatan Haram itu sebagai faktor penyebab “rakyat” berdemonstrasi di depan dan sekitar Balai Polis Jinjang baru-baru ini. 
Sedap betul Mahfuz kutuk dan fitnah UMNO. Baru saja dilantik jadi “boss” PAS Kedah, berkali-kali sudah dia menunjukkan kebodohan akalnya berfikir. Dia fikir rakyat bodoh sepertinya untuk terus diperbodohkan? 
Pertamanya, saya ingin menegaskan kepada Mahfuz bahawa Adam Adli, Tian Chua, Tamrin dan Harris ditahan oleh pihak polis, BUKAN UMNO! 
Kenapa mereka-mereka ini ditahan, itu Mahfuz boleh ke Balai Polis Jinjang dan tanya pada Ketua Balai Polis tersebut tentang sebab musabab konco-konconya itu ditahan. 
Kalau tidak puas hati dengan tindakan polis itu, sila saman mereka di dalam mahkamah. Berani? 
Tapi saya percaya pihak polis ada sebab yag kukuh untuk menahan reman konco-konco Mahfuz itu. Kalau tidak punya alasan yang kukuh, takkanlah polis nak tahan mereka. 
Kalau mereka duduk elok-elok di rumah dan jadi seorang warganegara yang sihat, polis nak tahan mereka, kah?
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping