Rabu, Mei 15, 2013


Setelah GAGAL merampas Putrajaya secara sah melalui Pilihan Raya Umum, kini Pakatan Pembangkang mula beralih arah ke Demonstrasi Jalanan pulak.

Tak payah la susah - susah nak nafi. Hakikatnya gerakan ini memang dirancang oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Nak pulak dari kalangan PKR.

Jelas, hasrat mereka bukan la untuk memperjuangkan rakyat. Jauh sekali untuk mengekalkan kemakmuran Negara. Sebaliknya, semua yang diperjuangkan adalah atas alasan kepentingan peribadi dan pihak tertentu sahaja. Bukannya untuk rakyat pun!!!
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menegaskan tidak ada kena-mengena dengan sebarang usaha untuk menawan Putrajaya melalui kekerasan seperti mana yang dirancang NGO yang menggelarkan diri mereka 'Asalkan Bukan Umno'.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, komitmen Pakatan hanya setakat  himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang didakwa telah berlangsung dengan aman di tiga buah lokasi.
Namun menurut beliau pembangkang tidak menghalang sebarang aktiviti yang dianggap 'munasabah'.
"Pendirian kami adalah khusus mengenai Himpunan 505, Suara Rakyat Suara Keramat," katanya kepada Antarapos hari ini.
"Itu adalah usaha yang dibuat oleh NGO..mereka bebas untuk melaksanakan apa mereka rasakan juga yang fikirkan munasabah untuk negara," tegas beliau.
Semalam kumpulan pro pembangkang itu secara terbuka mengumumkan mahu menawan Putrajaya melalui kekerasan dan bukan pilihan raya umum.
“Kita akan berarak di jalan dan mengambil alih Putrajaya. Jika kita benar-benar mahu menumbangkan mereka (BN), tidak ada cara lain. Demokrasi tidak berfungsi,” kata Haris Ibrahim, jurucakap untuk kumpulan tersebut.
Beliau berkata demikian di satu perhimpunan membabitkan kira-kira 1,000 aktivis pro pembangkang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, malam tadi.
Beberapa penceramah termasuk Haris bersetuju bahawa lima tahun adalah terlalu lama untuk menunggu peluang bagi menumbangkang BN menerusi pilihan raya umum.
“Rakyat tidak boleh menunggu lagi. Kami tidak mahu menunggu lima tahun lagi. Kami akan ke jalan untuk menuntut hak kami,“ kata beliau.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat hanya meraih 89 kerusi Parlimen berbanding 133 yang dimenangi oleh BN bagi memastikan pemerintahan berterusan oleh parti itu sejak kemerdekaan.
Bagaimanapun Pakatan kekal berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan majoriti menyakinkan sungguhpun kalah di Kedah.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Agak keliru dengan statement Saifudin, dia kata PKR tak terlibat dalam ABU dewan perhimpunan CINA KL, tu.. Sivarasa dan Tian Chua yang berucap tu bukan ahli PKR ke? Apa? dia punya clone ke? Pusing pusing cakap macam dia orang tak terlibat tu yang memekak kat Kelana Jaya tu apa? Masing ahli YB PKR yang menang pun turut belasah hentam SPR dan BN. Tak lupa jua pada ahli pas yang kalah MAT Sabu. Udah-udah lah PKR, Karpal Singh pun dah sound guna platform undang-undang. Lepas keputusan dah diwartakan moh ramai-ramai pergi mahkamah mohon Petisyen. Alamat lagi 2 tahun lah PKR ni memekak tak habis asyik berpolitik kat jalanan raih simpati rakyat. Dewan Parlimen tu buat frame sajalah tempat dapat elaun YB-YB.

    Dan tu pulak esoknya Rafizi pulak buat statement nak tubuh jawatan kuasa menyiasat tempat undi PKR yang kalah yang mana majoritinya kecil. Lepas ni UMNO pun boleh buat petisyen kat mahkamah mana tempat yang kalah dengan majoriti kecil pun boleh join sekali.
    Moral of the story: PKR ni adalah parti yang boleh dijunjung sebagai “The Precendence Creator” dial ah yang ajar BN macam mana nak govern Kerajaan Malaysia. Apa-apa yang dia orang salak kat luar tu kerajaan akan jadikan sebagai guideline untuk diberikan kepada Rakyat kembali. Cuma rakyat yang sebelah sana tu yang bodoh dan jumud tak tahu menilai jasa-jasa yang Kerajaan berikan.

    BalasPadam
  2. Nape ni,nak demonstrasi buat benda? Kalu undi tipu tok kang KM melaka kaloh, mesti menang punya. Kalu undi tipu kelantang pun BN menang, ni kaloh. Kalu undi tipu Penang wi ke Gerakan, ni kaloh. Doh PR dok menang, pah seme jadi undi tipu ke, parok. Aku dok caye

    BalasPadam
  3. Bila lah polis nak tangkap pengkhianat2 yang sedang buat huru-hara sekarang ni. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan pulak terhadap kerajaan kalau dibiarkan berlarutan. Selagi tak tegas dia orang tak akan berhenti.

    BalasPadam
  4. PDRM tunggu apa lagi,dah terang2 mereka ini mencabar kedaulatan undang2.tak kan asyik amaran aje.gunakan kuasa yg ada demi keamanan negara tercinta

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping