Rabu, Mei 15, 2013


Dengar kata Si Phahrolrazi tu dah letak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah yang berkuatkuasa malam semalam.

Alasan yang diberikan oleh Si Phahrolrazi adalah sebab dia nak bagi laluan kepada Mahfuz Bean untuk melantik Timbalan Pesuruhjaya yang baru.
Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri berikutan keputusan PAS Pusat melantik Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu. 
Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan berkenaan kepada Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik PAS Kedah malam tadi. 
Dari khabar angin yang SH terima, lain pulak ceritanya. Ada orang kata yang Si Phahrolrazi ni letak jawatan setelah dia ditekan oleh pelbagai pihak.

Ada yang menunding jari dan menyalahkan dia kerana menjadi penyebab kekalahan PAS di Kedah dalam Pilihan Raya Umum baru - baru ini.

Semua orang tahu mengenai konflik yang telah ditimbulkan sebelum ini sehingga memaksa PAS Pusat untuk campur tangan. Semuanya gara - gara Si Phahrolrazi ni GILA KUASA.

Dia secara terang - terangan cuba untuk mencabar kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak dengan alasan mengatakan Tok Jan GAGAL untuk jadi pemimpin.

Selain itu, Phahrolrazi juga turut dikatakan menjadi batu api dalam membuat laporan buruk kepada PAS Pusat mengenai hubungan Tok Jan dengan Datuk Seri Najib.

Mungkin atas sebab desakan dan tekanan yang diberikan oleh ahli diperingkat akar umbi serta pemimpin lain di Kedah membuatkan Phahrolrazi meletakkan jawatan.

Mungkin juga tindakan itu dilakukan hanya semata - mata untuk mendapatkan simpati dari kalangan pemimpin PAS terutama sekali dari dari Si Mahfuz Bean tu.

Tapi rasanya taktik nak meraih simpati macam tu takkan menjadi sebab rata - rata rakyat Kedah, sama ada ahli PAS atau tidak tahu perangai Si Phahrolrazi ni.

Hakikatnya Si Phahrolrazi ni memang sering menjadi 'duri dalam daging' dan memang perlu dilupuskan dari kepimpinan PAS sekiranya PAS mahu terus relevan di Kedah.

Jadi, ada baiknya Si Phahrolrazi ni ambik tindakan dan membunuh diri dia sendiri dengan cara meletakkan jawatan sedemikian. Sekurang - kurangnya, tak de la susah sangat orang lain nak buat kerja!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping