Ahad, Mei 19, 2013


Tiada kata putus dicapai dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Selangor berhubung pembahagian kerusi Exco di kalangan parti komponen pada Khamis lalu.
Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berkata kesemua nama telah diserahkan kepada pihak istana dan terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memberi pekenan.
Dr Rani menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk memberi DAP empat kerusi exco.
Beliau menjelaskan dalam pertemuan tempoh hari, Pakatan Rakyat Selangor hanya mengemukakan beberapa pilihan nama calon untuk diserahkan kepada Sultan. Tiada sebarang keputusan jumlah kerusi dibuat.
"Tak betul...kita ada beberapa pilihan. Terpulang kepada Sultan yang mempekenankan," katanya.
"Kita bertemu itu hari, kita tak pernah kata pun ini satu-satunya pilihan...tidak. Kita ada beberapa pilihan lain," jelas beliau kepada Antarapos.
Menegaskan ketetapan tersebut telah dipersetujui bersama sebelum ini, ADUN Meru ini menyeru semua pihak agar menerima apa sahaja keputusan Sultan Selangor.
"Kita ada dua - tiga pilihan, mana-mana yang diperkenankan yang dibincang dengan Menteri Besar dengan Sultan. Kita terima sahajalah.
"Sebab mana-mana Exco di mana-mana negeri tidak akan dilantik menjadi Exco melainkan dengan perkenan Sultan. Kalau Sultan tak berkenan mana-mana Exco, tak boleh terima (memegang jawatan). 
"Dan kalau inilah yang diputuskan, terimalah...ini pun salah satu daripada pilihan-pilihan. Kalau ada pilihan lain pula yang dipekenan, terima sahajalah. Apa yang nak dipertikaikan lagi.
"Takkanlah semua pilihan dipertikaikan mengikut kehendak parti tertentu. Kita sudah bertemu dan kita sudah beritahu ini adalah pilihan-pilihan yang dihantar (kepada Sultan), mana satu yang diterima oleh Sultan, kita terima," jelas beliau.
Khalid dalam satu majlis di Pelabuhan Klang malam tadi berkata Pakatan Rakyat Selangor bersetuju untuk mengguna-pakai formula 3:3:4 (PKR (3), DAP (3) dan PAS (4)) yang mana senarai calon exco telah diserahkan kepada pihak istana pada Jumaat.
Namun Tony yang turut berada dalam mesyuarat itu tempoh hari mendakwa DAP seharusnya mendapat empat kerusi exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid.
“Semalam kami dapati senarai nama yang lain. Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis,” tambah beliau.
Pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kekuasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi DUN sekaligus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Lepas ni kita tgk la mesti selangor pulak berantak kan....

    BalasPadam
  2. padan muka DAP agenda memperkudakan Melayu terkantoi

    BalasPadam
  3. Dia org ni memang bangang. Patut MB tersngkan segala undang undang. Pahamkan dan baru buat cadangan.
    .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping