Isnin, Mei 20, 2013


Inilah jenis manusia dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya. Walau macam mana cara sekali pun, diorang tak mampu terima hakikat Kebenaran.

Yang pasti, rakyat Kedah muak dengan pertikaman dalaman yang ditonjolkan oleh sesetengah pemimpin PAS Negeri untuk merebut jawatan - jawatan tertentu.

Disebabkan wujudnya pemimpin seperti Phalrolrazi dan konco - konconya membuatkan ahli serta rakyat Kedah secara keseluruhan kecewa dengan PAS.

Selama ini mereka anggap PAS benar - benar mahu memperjuangkan Islam. Mereka anggap PAS benar - benar telus untuk menjaga Kebajikan Rakyat.

Namun, hakikatnya, PAS bukan lah seperti apa yang digembar gemburkan selama hari ini. PAS hanya mementingkan perjuangan yang bersifat peribadi.

Tapi, itulah masalahnya dengan puak - puak Pakatan ni. Seperti apa yang kita jelaskan sebelum ini, puak - puak Pakatan ini tidak mampu untuk terima Kebenaran. 

Malah, PAS sendiri masih lagi menolak ketentuan Allah S.W.T!!! Kelemahan diri sendiri mereka enggan akui. Tapi asyik nak menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka sendiri!!!
Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh Umno-BN.


Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.

Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada secara langsung atau tak langsung.

Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di KUIN.

Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan. Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan. 

Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu.

Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya.

Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi. Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Brader..jgn salah paham, diorag ni ibarat kalkatu ilang cahaya, jd mcm lengung gitu, ibarat layang2 ptus ekor, terbang tak tentu hala, ibarat anak ayam ilang mak gitu, semenjak ulamak penjaga kunci syurga dipencenkan diorag ni ilang arah, tkapai..ibarat nelayan yg ilang pendayung, tu yg xdapat mnerima takdir.

    BalasPadam
  2. Pengajaran buat rakyat kedah, kalau tak serik, tak tau la... Tuhan dah tunjuk true colour org pas ni. Betui kata org tua2 bhw "pas tak buleh merintah..." org tua dulu2 lagi kuat instinct. Tapi alhamdulillah, pas tak sempat control minda org kedah mcm depa buat kt rakyat kelantan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping