Jumaat, Mei 10, 2013


SH malas nak ulas mengenai kenyataan ini. Nanti ada pulak yang kata semua ini fitnah. Jadi, ada baiknya korang baca je kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS ni. Kalau ada yang anggap ianya sampah, maknanya pemimpin PAS tu pun sampah la jugak!!!
Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS negeri.


Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu. 

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama. 

Dalam kenyataannya Mohd Sany berkata, Pemuda PAS Negeri berharap pimpinan Pakatan Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar itu dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Percayalah ckp aku...PAS cuma jd kuda tunggangan PKR dan DAP. PAS hanya mimpi disiang hari...susah2 je..jual akidah jual lambang dan perjuangan...baliklah kepangkal jalan...Aku setuju PAS diberi ruang duduki kerusi MB Selangor...tetapi ingat, jadilah parti yg dominan. Sampai bila nak dgr ckp LGE,LKS,KS,AlJuburi...DAPigs...

    BalasPadam
  2. kami mahu hudud di Selangor...

    BalasPadam
  3. UMNO ada golongan yang mengamalkan ISLAM yang terbaik.Islam sederhana.Minum arak boleh, main judi Magnum atau Toto boleh,main betina boleh.Asalkan kita sembahyang, puasa, pi UMRAH, pi HAJI dan bertaubat fan lepas tu buat lagi tak pa.Islam PAS susah. Semua tak boleh. HIDUP UMNO # HIDUP MELAYU.

    BalasPadam
  4. Mat sabun Badrul amin Mustapa ali diantara pemimpin pas yg tawaduk. Memang patut di contohi. Nuar al juburi dgn izah wal aiskrimi ju
    Juga pemimpin islam yg hebat. Apa lagi dgn kapal sing dan lim engkok mmg penyokong hudud tegar sebaab tu PAS bersekongkol sgn mareka. Tahniah kepada pas kerana rela di perkudakan . Tahniah skali lagi. Bulan dah gerhana kena tembak roket Dap. Mata yahudi juga biru kena asap roket . Tahniah buat PR

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping