Memandangkan Pilihan Raya Umum sudah pun berakhir, maka SH pun sudah menunaikan janji yang telah dibuat sebelum ini. Bukan niat nak memburukkan parti.
Tapi ini untuk kesedaran kita bersama. Tidak dinafikan, ada dikalangan pemimpin UMNO yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik.
Sama ada atas usaha mereka sendiri mahupun dengan bantuan orang lain, mereka ini mempunyai kemampuan yang lebih dari orang lain.
Tetapi ke mana mereka menghilang tatkala Pilihan Raya Umum berlansung baru - baru ini? Ada atau tidak mereka membantu jentera Pilihan Raya secara tidak lansung?
SH bukan cerita pasal bagi rasuah atau bagi duit poket untuk budak - budak pasang bendera dan sebagainya. Tapi dari segi kewangan untuk buat program.
Ada ke diorang turun membantu untuk buat kenduri doa selamat dan bacaan yassin? Ada tak diorang membantu dengan menghulurkan sumbangan demi kebajikan rakyat?
Sekurang - kurangnya, mereka ini perlu turut serta dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat. Bagi hamper dan menziarah orang dari rumah ke rumah.
Takkan itu pun menyalahi undang - undang? Takkan itu pun susah sangat diorang nak buat? SH bukan kata semua. Ada segelintir yang buat macam tu. Tapi tak semua.
Dari pemerhatian SH, orang - orang ini lebih gemar menyimpan duit mereka sendiri walaupun ada dikalangan mereka telah dibantu oleh parti.
Jadi, inilah masanya untuk mereka menyumbang semula kepada parti. Takkan la itu pun susah sangat diorang nak buat kot? Takkan la itu pun diorang nak kedekut.
Ada satu ketika, penduduk setempat datang dan buat permohonan nak mintak beli karpet surau serta cat masjid. Takkan la pemimpin tu tak boleh nak bagi?
Semuanya nak harapkan kerajaan jugak ke? Sampai nak buat program untuk parti pun nak kena guna duit wakil rakyat, menda kejadahnya.
Kalau bercerita bab jawatan, masing - masing berebut - rebut. Tapi bila tiba bab nak bagi bantuan atau sumbangan, jangan la banyak alasan pulak.
Diluar musim Pilihan Raya, kenapa diorang ni tak mampu nak berkhidmat kepada masyarakat? Takut wujud persepsi dikalangan rakyat kononnya.
"Nanti kalau bagi, orang cakap kita nak jadi calon pulak," kata salah seorang pemimpin UMNO yang pernah SH temui. Itu semua alasan belaka!!!
Persepsi masyarakat itu bukan isu utama. Niat kita nak membantu itu lebih penting. Kalau kita buat demi untuk membantu rakyat kerana Allah S.W.T, apa sangat la persepsi rakyat tu. Tak payah la bagi alasan yang bukan - bukan!!!
Betul bro! Terutama selangor! X pernah belajar knp mereka tumbang dulu! Surau pun x nak pergi!
BalasPadamNasib baik la kat tmpat akucalon dun n parlimen turun padang walaupun menang atau kalah mereka datang bg sumbangan walaupun bukan masa pilihan raya..tp yg nk buat nama umno jd busuk adalah orang yg mata duitan. duit yg patut di berikan pd rakyat mereka yg mkn lebih dan yg dipersalahkan adalah orang2 yg tercalon.kesian la sama2 melayu buat mcm ni..orang2 bawahan ni jgn besaq kepala sngt.mkn duit org terima la habuan di akhirat nnti..tp ape2 pon aku harap orng2 melayu dpt fikir panjang ttg masa depan n nasib ank cucu kita nnti.buat lah pilihan yg bijak untuk 5 tahun akan datang
BalasPadam